Monday, May 30, 2011

Young Bakal gantikan Giggs Di United.

Ashley Young dilihat sebagai pengganti natural untuk Ryan Giggs.

Sir Alex Ferguson akan membuat langkah pertama yang signifikan ke arah menawan Liga Perdana kali ke-20 dengan cuba memastikan perjanjian bernilai £14 juta untuk Ashley Young minggu ini. 
 
Pengurus Manchester United berminat mendapatkan Young sebelum pemain Aston Villa itu dipilih untuk England bagi bertemu Switzerland di Wembley pada hari Sabtu. 
 
Young dikejar oleh Liverpool dan Manchester City tetapi telah menetapkan hatinya untuk menyertai skuad di Old Trafford, yang mana Ferguson melihatnya sebagai pengganti di sayap Ryan Giggs. 
 
Kedatangannya boleh membawa kepada pemergian Nani, yang diburu oleh sisi Serie A, Juventus. 
 
Ferguson menyukai kelajuan dan fleksibiliti Young, dia mampu bermain di kedua-dua sayap atau sebagai striker kedua. 
 
Dia telah berkembang di Liga Perdana berikutan perpindahan bernilai £8 juta ke Villa dari Watford dan baru-baru ini menembus masuk ke dalam skuad England kendalian Fabio Capello.
Share

City Hampiri pembelian £30 juta Alexis sanchez

Alexis Sanchez memberi Manchester City kos รณ0 juta.

Manchester City kini sedang menghampiri dua sasaran perpindahan utama di atas senarai paling dikehendaki Roberto Mancini. 
 
Pemain sayap Udinese iaitu Alexis Sanchez, 22, akan memberi kos £30 juta dan jika semua berjalan lancar, kemudian Eastlands akan menerima bek Ajax, Jan Vertonghen. 
 
Mancini dan broker kuasa City, pengarah eksekutif Garry Cook dan pegawai pentadbiran bola sepak, Brian Marwood yang akan kembali ke Britain esok daripada pertemuan di Abu Dhabi dengan pemilik City. 
 
Pelan mereka adalah bagi terus kepada urusan dan duo tersebut berharap untuk mengikat perjanjian segera buat warga Chile, Sanchez yang turut menarik minat Inter Milan. 
 
Vertonghen dinilai pada £10 juta dan Mancini menyaksikan pemain antarabangsa Belgium itu di Final Piala Belanda dan berbicara dengannya selepas perlawanan. 
 
Bek hebat Vertonghen, 24, berkata dia mungkin akan kekal satu tahun lagi di Belanda sebelum berpindah ke Liga Perdana dengan City selaku kegemaran untuk menandatanganinya.
Share

Wednesday, May 25, 2011

Arsenal Vs Harimau Malaya

Arsenal FC, antara kelab bola sepak termuda dan paling menarik di dunia mengesahkan Malaysia akan menjadi destinasi sepak mula bagi lawatan pertama mereka ke Asia sejak 1999. Ini memberikan peminat besar mereka yang berpangkalan di Malaysia dan di sekitarnya peluang untuk melihat skuad utama Arsene Wenger musim 2011/12 beraksi secara langsung. 
 
Pengesahan Arsenal diumumkan hari ini oleh Naib Presiden FA Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang juga Tengku Mahkota (Crown Prince) Pahang, Tom Fox (ketua pegawai Komersil Arsenal FC) dan Julian Kam (CEO ProEvents Group), penganjur tunggal lawatan eksklusif 'Arsenal Asia Tour 2011'. 
 
Dianjurkan oleh FAM, aksi antara Arsenal vs Malaysia XI akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Julai dan sepak mula pada jam 8.45 malam (20:45). 
 
"Sememangnya menarik melihat The Gunners kembali ke Malaysia selepas 12 tahun. Terima kasih khusus kepada ProEvents kerana merealisasikannya. ProEvents mengukuhkan dirinya selaku firma pemasaran bola sepak terkemuka dan perundingan pengurusan di Asia, kami memandang ke hadapan untuk lawatan seperti itu daripada syarikat tersebut. 
 
"Arsenal tak perlu diperkenalkan lagi di sini. Kali terakhir Arsenal bermain Malaysia adalah pada tahun 1999, ketika itu stadium penuh sesak dengan 80,000 penyokong. Saya yakin Arsenal akan menarik lebih ramai penonton pada kali ini." 
 
"Apa yang penting, ini bakal memberikan peluang kepada pemain Malaysia bagi menguji kemahiran mereka menentang profesional berkelas dunia, kebanyakan di antaranya adalah nama yang tak asing lagi di seluruh dunia," kata Tengku Abdullah.
 
Tempat Jualan Tiket:
OUTLETS - KLANG VALLEY
ROCK CORNER, AMPANG POINT Lot G01A,Ground Floor, Ampang Point Centre,
Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang Selangor
ROCK CORNER, ONE UTAMA S205, 2nd Floor, 1 Utama Shopping Center
Lebuh Bandar Utama, 48700 Petaling Jaya
ROCK CORNER, THE CURVE Ground Floor, The Curve, No. 6, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
ROCK CORNER, SUBANG PARADE LG 20 C & D, Subang Parade
No.5, Jalan SS16/1 , 47500 Subang Jaya
ROCK CORNER, THE GARDENS T-206, 3rd Floor, The Gardens, Mid Valley City,
Linkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
ROCK CORNER, KLCC Suria KLCC Shopping Centre, Lot 328,
Level 3, Suria Kuala Lumpur City Centre,
Kuala Lumpur, 50088
ROCK CORNER, MIDVALLEY MEGAMALL T.208 & T.053 3rd Floor, Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
LOUD + CLEAR A2-G2-07, Level G2, Block A2,
Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas,
50480, Kuala Lumpur
THE GUITAR STORE - CHERAS 57 57-2, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras
56100, Kuala Lumpur.
THE GUITAR STORE - CHERAS 33 33, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras
56100, Kuala Lumpur.
THE GUITAR STORE – DESA SRI HARTAMAS 31-1,32-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
THE GUITAR STORE – DAMANSARA PERDANA 1-22A, Jalan PJU 8/3, Bandar Damansara
Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
THE GUITAR STORE – KEPONG 15-1, Jalan Metro Perdana 7, Taman Usahawan Kepong, Kepong Utara, 52100 Kuala Lumpur.
THE GUITAR STORE – PUCHONG E-1-25, IOI Boulevard, Jalan kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100 Selangor.
VICTORIA MUSIC CENTRE, SUNGEI WANG Lot No. LG029-031, Sungei Wang Plaza,
Jalan Sultan Ismail, 55100 Kuala Lumpur.
VICTORIA MUSIC CENTRE, BANGSAR Lot No. S12A, 2nd Floor, The Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur.
VICTORIA MUSIC CENTRE, TROPICANA CITY MALL Lot No. L2-20A, Tropicana City Mall,
47400 Petaling Jaya.
VICTORIA MUSIC CENTRE, AMCORP MALL G26, Ground Floor, Amcorp Mall, No.18,
Persiaran Barat, Off Jalan Timur,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
PACIFIC SPORTS 41, Jalan 22/23, Damansara Jaya,
47400, Petaling Jaya, Selangor.

OUTLETS -PENANG
ARTIST GALLERY, ONE-STOP MIDLANDS PARK 1-09 Midlands, Park Centre,
488A, Jln Burma, 10350, Penang
ARTIST GALLERY, QUEENSBAY MALL 123A, 2nd Floor, Queensbay Mall,
Bayan Lepas, 11950, Penang.
ARTIST GALLERY, GURNEY PLAZA 170-03-12B, Gurney Plaza,
Persiaran Gurney, 10250, Penang.

OUTLETS - JOHOR BAHRU (CASH ONLY)
THE PFAGGS AGENCY No.49, Jalan Kuning 3,
Taman Pelangi,
80400 Johor Bharu. Tel: 019 7789 105

OUTLETS - KOTA KINABALU
PERKHIDMATAN PELANCONGAN TEMBOK BESAR Block C Asia City,
Ruang Singga Mata 2
88000 Kota Kinabalu, Sabah

TICKETPRO CALL CENTRE Hotline no.: +603 7880 7999
Operation hours:
9.30am – 6.00pm Mondays – Fridays
9.30am – 1.00pm Saturdays
Sundays & Public Holidays closed
TICKETPRO WEBSITE WWW.TICKETPRO.COM.MY
 
Share

Saturday, May 21, 2011

The Reds tidak Perlukan Pembelian Baru

Tidak perlu perubahan.

Jurulatih Liverpool, Steve Clarke percaya cadangan skuad mereka memerlukan perubahan besar musim panas ini sangat tidak relevan.

Beberapa laporan telah mendakwa pemain yang akan dikeluarkan musim panas ini akan mencecah angka berganda, dengan jumlah sama dibawa masuk, namun Clarke tidak menganggap kelab itu memerlukan perubahan sebanyak itu.

Clarke telah menjadi watak penting mengubah nasib dan persembahan pasukan sejak tiba Januari lalu bersama pengurus, Kenny Dalglish.

Pengaruhnya di padang latihan tidak dipandang rendah dan peningkatan di atas padang telah membuktikan keadaan tidak seburuk seperti ketika tempoh enam bulan mengecewakan kendalian Roy Hodgson.

"Kami ada skuad yang bagus di sini, ada ramai pemain baik yang dah buktikan keupayaan mereka kepada kami," kata warga Scot itu.

"Jika kami boleh jumpa dua atau tiga pemain yang boleh tambah kekuatan skuad maka itulah yang patut kami lakukan. Jika kami tak boleh jumpa pemain yang betul untuk tingkatkan kami di saat yang sesuai, maka saya rasa kami ada sumber cukup untuk bawa kami ke hadapan.

"Kami juga ada pemain muda meningkat naik – itu jadi tonik tambahan untuk semua orang di kelab musim ini."

Pemilik, Fenway Sports Group dilihat bersedia menyokong pengurus mereka dalam pasaran perpindahan, dengan memberinya kontrak tiga tahun minggu lalu.
Share

Sasaran United Semakin Hampir

Perjanjian De Gea hanyalah permulaan untuk perpindahan besar musim panas untuk United.

Manchester United yakin mereka telah berjaya mendapatkan pembelian pertama musim panas ini.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol Bawah 21 Tahun, David De Gea mengesahkan beliau akan meninggalkan Atletico Madrid di penghujung musim dan kini kelab beliau pada dasarnya telah menerima tawaran United sekitar £16 juta.

Bos Reds, Sir Alex Ferguson mendedahkan minggu ini beliau mahukan tiga pemain baru berprofil tinggi  bagi mengatasi kehilangan pemain berpengalamannya, dengan Gary Neville dan Edwin Van der Sar bersara dan Paul Scholes mungkin mengikut langkah serupa.

Penjaga gol menjadi keutamaannya dan hubungan rasmi telah pun dijalin dengan wakil De Gea, yang baru berusia 20 tahun namun telah dianggap sebagai antara yang terbaik dalam posisinya di Eropah.

Berbeza dengan apa yang dikhabarkan di Sepanyol, masih tiada perjanjian yang dicapai. Namun juara Liga Perdana Inggeris itu amat yakin dapat memperolehi pemain sasaran mereka selepas diberikankan kebenaran untuk berunding dengan pemain tersebut.

Ketua eksekutif David Gill berkata: "Kami tahu penjaga gol yang kami inginkan dan berada di posisi yang kukuh dan saya pasti kami dapat selesaikan perjanjian ini."
Share

Wednesday, May 18, 2011

Van Der Vaart Kekal Di Spurs

Tonggak Belanda, Rafael van der Vaart menafikan kebimbangan yang dia akan cuba merancang langkah untuk bola sepak Liga Juara-juara. 
 
Van der Vaart berkata, "Kami selalu ingin bermain di Eropah. Bagus untuk berpengalaman di Liga Eropah dan itu akan menjadi gelaran yang baik untuk dimenangi." 
 
"Saya suka bermain setiap dua atau tiga hari. Tentu saja saya mahu bermain di Liga Juara-juara."
 
"Tapi saya hanya ada setahun di sini. Saya menikmati tahun saya dan kami akan lihat apa yang akan kami bawa pada musim depan." 
 
"Amat penting untuk mara ke Eropah. Anda dapat lihat bahawa berada di Liga Juara-juara musim ini telah membantu kami." 
 
"Ini sangat penting bagi pemain dan itulah sebabnya kami ingin memenangi aksi terakhir kami menentang Birmingham."
Share

Monday, May 16, 2011

Mancini Tidak Halang Tevez

"Jika seorang pemain tidak selesa di Manchester City, lebih baik mereka pergi"

Roberto Mancini menyatakan buat pertama kalinya dia tidak akan menghalang Carlos Tevez jika striker itu memutuskan ingin meninggalkan Manchester City pada musim panas ini.
 
"Dia ada kontrak lima tahun, tapi saya selalu katakan bahawa, pada pendapat saya, pemain perlu kekal di sini hanya jika dia percaya pada projek dan senang berada di kelab."
 
"Jika saya tak senang di Manchester City, saya akan pergi. Sama juga untuk para pemain, jika mereka tak senang berada di kelab, lebih baik mereka pergi."
 
"Ini bukan hanya untuk Carlos, namun bagi para pemain pada umumnya. Bila anda mula kerja pada setiap musim, anda harus gembira kerana musim akan amat panjang dan mungkin ada seribu masalah."
 
"Saya tak pernah katakan Tevez mahu pergi. Tapi akan menjadi keputusannya dan tak akan bergantung pada sama ada kami memenangi Piala FA atau tidak."
 
Mancini mengakui bahawa kehilangan Tevez akan menjadi kerugian besar bagi harapan City memenangi gelaran pada musim hadapan. "Dia telah menjaringkan lebih 20 gol dan kami selalu menyatakan dia seorang pemain penting bagi kami."
Share

Terry Mahu kekal Di Chelsea

Kapten Chelsea, John Terry terdesak untuk menamatkan tempoh bermainnya di Stamford Bridge.

Terry, 30, mempunyai baki kontrak tiga tahun lagi namun sudahpun berfikir tentang melanjutkan kariernya di Blues melepasi 2014.

Real Madrid telah dikaitkan dengan perpindahan buat kapten England yang bakal melihatkan dirinya bergabung kembali dengan bekas, bos Jose Mourinho.

Namun Terry, yang membuat debut seniornya pada 1998 dan menduduki tangga kelima penampilan terbanyak Chelsea sepanjang zaman, menegaskan dia enggan beraksi di mana-mana kelab lain.

Dia berkata: "Saya harap untuk dapat lanjutan kontrak sekurang-kurangnya setahun – saya memang mahu.

"Saya akan cuba kekal di sini selama yang saya boleh. Saya sayangkan kelab bola sepak ini dan saya tak pernah mahu keluar.

"Saya seperti peminat kerana masih kekal sayangkan kelab di rumah – apabila kami tewas saya akan lepaskan kekecewaan dengan orang paling dekat dengan saya.

"Saya amat bertuah menjadi kapten sebuah kelab hebat seperti ini."
Share

Chelsea Hanya Mampu mencatatkan Keputusan Seri 2-2 Dengan Jersi Baru The Blues..

Malang Chelsea berterusan selepas seri 2-2 dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam tadi. Keputusan seri itu telah memusnahkan impian para peminat skuad The Blues untuk menyaksikan pasukan itu meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir di laman sendiri bagi musim ini.
Kelmarin, Chelsea terpaksa melepaskan gelaran juara liga kepada pencabar terdekat, Manchester United.
United berjaya meraih gelaran liga yang ke-19 selepas seri 1-1 dengan Blackburn Rovers ketika saingan musim ini masih berbaki satu perlawanan.
Manakala Chelsea bakal melengkapkan perlawanan liga yang ke-38 musim ini dengan bertandang ke Everton pada Ahad ini.
Pada aksi malam tadi, Chelsea yang tampil buat pertama kali dengan memakai jersi baru musim depan bermula garang apabila mendahului seawal minit kedua hasil sepakan jarak dekat Branislav Ivanovic.
Begitupun, Newcastle tidak menunggu lama apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jonas Gutierrez pada minit ke-10.
Gol kedua Chelsea hasil tandukan Alex selepas penjaga gol Newcastle, Tim Krul gagal membaca tepat sepakan percuma Frank Lampard pada minit ke-83 yang hampir memberikan tuan rumah tiga mata penuh.
Bagaimanapun ia dihampakan tandukan Taylor hasil daripada sepakan sudut untuk gol penyamaan Newcastle ketika masa kecederaan tiga minit yang diberikan pengadil hanya berbaki seminit.
Keputusan ini telah mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah perlawanan terakhir bagi Carlo Ancelotti di Stamford Bridge selaku pengurus Chelsea.
Share

Sanchez Dipesan Pinggirkan City Untuk United..

Bintang Udinese Alexis Sanchez telah diberitahu untuk mengenepikan Manchester City dan menyertai United.
 
Penyerang Chile – digelar Cristiano Ronaldo baru — dipantau oleh pengurus City, Roberto Mancini dan pengurus Red Devils, selepas siri permainan mantap di Serie A musim ini.
 
Pemain berusia 22 tahun itu telah tiga tahun bermain di Itali selepas meninggalkan River Plate dengan harga £2 juta.
 
Sanchez dalam prestasi terbaiknya musim ini, menjaringkan 12 gol dari 30 perlawanan liga ketika Udinese mendaki tempat keempat liga.
 
Namun bekas pengurus Udinese, Adriano Fedele — yang melatih the Bianconeri pada tahun 1990an — menganggap Old Trafford sebagai pentas sempurna untuk Sanchez melanjutkan kariernya.
 
Fedele berkata: "Jika saya menjadi beliau, saya akan pergi ke Manchester United.
 
"Ferguson adalah pengurus paling sesuai untuknya dan yang lebih penting, dapat memperbaiki kualitinya."
Share

CHICARITO Impak Besar Red Devils..

Apabila satu rembatan daripada Javier Hernandez menggegar jaring ketika latihan pra-musim Manchester United musim panas lalu, Paul Scholes bertemu Alex Ferguson dan memberikan pandangannya. Dalam hanya beberapa hari, Scholes sudah cukup melihat tindakan penamat pemusnah Hernandez dan berasa yakin Ferguson berjaya melakukan satu belian terbaik musim ini lantas dia meramalkan penyerang Mexico itu mampu menjaringkan 20 gol dalam musim sulungnya.

Keyakinan Scholes bahawa Hernandez akan membuat impak sebagai pemain gantian dilihat terlalu optimis memandangkan dia bukannya pemain ternama dalam dunia bola sepak apabila tiba di Old Trafford daripada kelab Mexico, Guadalajara.
Malah Ferguson turut berasa pemain muda itu memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menyesuaikan diri dengan permainan pantas dan fizikal Liga Perdana Inggeris.

Namun Hernandez, dengan nama jolokan Little Pea, melepasi kedua-dua jangkaan mereka.

Dia adalah pemain pertama sejak Ruud van Nistelrooy 10 tahun lalu untuk menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan ketika musim sulungnya buat United dan dianggap sebagai satu daripada punca kejayaan pasukannya merampas kejuaraan daripada genggaman Chelsea. “Paul Scholes menyaksikannya ketika latihan dan berkata dia boleh menyumbat 20 gol sebagai seorang pemain gantian,” kata Ferguson.

“Kami tidak jangkakan impak sebegitu. Kami fikir setahun untuk memperkenalkannya kepada kelab dan menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris dan memantapkan persembahannya.

“Dia sudah melakukan semua itu. Dia datang setiap hari jam 9 pagi dan dia adalah yang terakhir meninggalkan padang latihan, dia amat berdedikasi.” Daripada saat dia menjaringkan gol pertamanya buat United ketika penampilan sulungnya pada jelajah pra-musim di Amerika Utara tahun lalu, Hernandez pantas menyesuaikan diri.
Tandukan menakjubkan menentang Stoke benar-benar membuktikan kehadirannya dan sumbangannya ternyata turut bermakna pada kempen Liga Juara-Juara, dengan gol pada peringkat kalah mati menentang Marseille dan Chelsea membantu United mara ke perlawanan akhir.

Awal tahun ini dia memantapkan dirinya sebagai pemain utama dalam skuad United dan kemudian menyebabkan pemain yang dibeli dengan harga �30 juta (RM146 juta), Dimitar Berbatov memanaskan bangku pemain simpanan ketika Ferguson mengubah formasinya bagi membolehkan Wayne Rooney mencetus huru-hara bertindak sebagai penyerang di belakang Hernandez.
Share

Sunday, May 15, 2011

Gunners Rancang Sambar Duo Bintang Lorient

Arsene Wenger sedang merancang pembelian berganda pemain kelab Perancis, Lorient bagi memulakan rancangan pembangunan semula musim panas.

Arsenal membuat tawaran terhadap midfielder, Morgan Amalfitano selaku ejen bebas dan turut meminati striker sedang meningkat Perancis, Kevin Gameiro, 23.

Amalfitano, 26, turut dikejar Aston Villa dan Sevilla serta akan dilihat sebagai perniagaan yang baik bagi perpindahan percuma.

Gameiro akan tersedia pada sekitar £12 juta, telah menjelaskan dia mahu menyertai kelab yang beraksi di Liga Juara-juara.

Arsenal cenderung melepaskan striker, dengan Nicklas Bendtner menarik minat Bayern Munich.

Jurulatih baru Bayern, Jupp Heynckes mendesak The Germans untuk melupakan pemain Chelsea, Jose Bosingwa dan mengejar Bacary Sagna, namun ejen bek The Gunners itu menegaskan dia selesa di Stadium Emirates.

Wenger juga teruja untuk mengikat Samir Nasri dalam kontrak lima tahun.
Share

The Reds Hampiri Liga Eropah

Liverpool yang pada satu ketika cemas berada empat mata di atas zon penyingkiran, terus bangkit sejak dikendali Kenny Dalglish dan kini di ambang menempah tempat ke Liga Europa ketika melayan kunjungan Tottenham yang juga mengimpikan tempat ke kejohanan sama musim depan.

Kemenangan bagi Liverpool di Anfield hari ini, akan memadamkan sisa-sisa harapan Spurs kerana tidak akan boleh menghambat lagi Liverpool.
Berbekal prestasi memuncak sekarang - terbaru membenam Fulham 5-2 pada perlawanan terdahulu - dan dengan khabar gembira bahawa Dalglish, Khamis lalu menandatangani kontrak tiga tahun sebagai pengurus, Liverpool pasti mahu terus mengekalkan kecemerlangan terutama di depan penyokong sendiri.
Penjaga gol Liverpool, Jose Reina berkata, Liverpool mendapat khabar gembira apabila Dalglish menandatangani kontrak sebagai pengurus selepas menerajui secara sementara sejak 8 Januari lalu menggantikan Roy Hodgson.

“Tempat kelima bukan seharusnya milik Liverpool, kita mensasarkan kedudukan lebih tinggi dan berharap musim depan kita berada pada posisi lebih baik.

“Saya fikir Liverpool mengambil tindakan betul (mengambil Dalglish sebagai pengurus), kita akan dapat lihat perbezaannya, sebab itu kita optimistik mengenai masa depan.” - Agensi
Share

Tiba Masanya Untuk Kamu Keluarkan Duit,, Roman!!!

Kapten Chelsea, John Terry kekal menyatakan kelab harus sekali lagi berbelanja besar musim panas ini jika mereka mahu memberi cabaran kepada Manchester United dan merebut kembali gelaran Liga Perdana Barclays pada musim berikutnya.

Walaupun membawa striker Fernando Torres dari Liverpool dengan nilai £50 juta dan membelanjakan £25 juta untuk David Luiz pada Januari, Carlo Ancelotti masih belum menemui formula kemenangan pada tahun 2011 selepas memenangi gelaran berganda dalam kempen debutnya.

Terry, yang menyokong bos warga Itali yang kini dalam masalah dan dipercayai bakal dipecat pada musim panas, yakin dengan tambahan pemain lagi, Chelsea akan menjadi sisi yang hebat.

Dia berkata, "Saya selalu berfikir kami harus menguatkan keseluruhan pasukan di atas padang (pada musim panas)."

Terry bakal berusia 30 tahun pada Disember, dan baru-baru ini meraih aksi ke-500 untuk Chelsea. Bek tengah itu mengakui dia sudah memikirkan tentang kehidupan selepas bermain, namun mungkin tidak terus ke kerusi panas Stamford Bridge.

"Apabila saya bersara, diharapkan dalam masa empat atau lima tahun, saya akan masuk ke bidang pengurusan," katanya.

"Saya faham (Chelsea) adalah sebuah kelab besar dan saya perlu mendapatkan pengalaman pertama. Saya tak mahu akhirnya dibuang begitu sahaja, itu tak adil dalam kelab bola sepak."
Share

Gaji Chicarito Bakal Digandakan UnIted

Hernandez disegarkan apabila nilainya meningkat lebih รณ5 juta lebih
Javier Hernandez akan ditawarkan tawaran kontrak wang berganda oleh Manchester United selepas musim debut menakjubkan yang ditonjolnya.

Warga Mexico itu mantap, menjaringkan 20 gol dan memainkan peranan kunci dalam membantu sisi Sir Alex Ferguson ke Liga Juara-juara dan kini di ambang rekod gelaran liga domestik ke-19.

Digelar Chicharito iaitu 'The Little Pea', Hernandez dibeli dari Chivas Guadalajara pada nilai kontrak £7 juta untuk termaempat tahun dengan gaji sekitar £25,000 seminggu.

Kini dia boleh menjangka gajinya meningkat menjadi sekitar £50,000 seminggu, dengan bonus berdasarkan insentif tambahan yang turut ditulis ke dalam perjanjian baru.
Share

Masih Banyak Yang Perlu Diperjuangkan>>> WENGER

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) menegaskan masih banyak yang perlu diperjuangkan musim ini di mana jika mereka menamatkan saingan musim ini di bawah Manchester City, akan menjejaskan kempen mereka untuk kelayakan Liga Juara-Juara.
Pasukan Wenger gagal menyaingi pasukan lain untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dan hanya dua mata di depan City yang kini menghuni tempat keempat, dan kini menanti kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates.

Jika Arsenal kekal di tangga ketiga atau berjaya memintas Chelsea untuk berada di tempat kedua, mereka akan terus layak ke peringkat kumpulan pertandingan kelab bola sepak elit Eropah itu. Tangga keempat akan hanya menjejaskan misi Wenger pada pra-musim kejohanan itu.
“Kami tidak mahukannya tetapi semua itu terpulang kepada keputusan kami dalam dua perlawanan terakhir,” kata jurulatih kelahiran Perancis itu. “Pada akhir musim, kami sudah melalui 58 perlawanan rasmi dan juga perlawanan antarabangsa.

“Selepas beberapa pemain beraksi di peringkat antarabangsa dan bagi kami adalah tidak sesuai untuk menyertai perlawanan penting pada pra-musim,” katanya.

Wenger mengakui suasana di kem Arsenal begitu hambar pada hujung minggu ini yang menyaksikan berlangsungnya final Piala FA dan gelaran hampir pasti sudah ditentukan.

“Ia begitu hambar, sudah tentu kami mahu terbabit dalam perlawanan akhir Piala FA. Ia cukup mengecewakan kami, situasi yang cukup mengecewakan kerana dalam setiap kejohanan, kami begitu hampir untuk ke final.

“Kami tidak menganggap prestasi keseluruhannya begitu buruk. Kami adalah pasukan terbaik di tempat lawan, pertahanan baik dalam permainan terbuka kerana kami begitu hampir untuk menjuarai kejohanan.
“Kami hanya tidak mampu melepasinya. Kami mahu mengetahui sebabnya,” katanya.

Wenger turut berang dengan dakwaan bekas pemain Arsenal, Paul Merson yang mendakwa pemain Arsenal disuntik dengan 'cecair kuning'.

“Setiap tahun kami menjalani sekurang-kurangnya 20 kawalan doping. Sepanjang 15 tahun, kami tidak pernah mendapat keputusan positif. Adakah anda fikir saya mahu menyuntik pemain saya? “Jika anda dapati ada pemain yang saya minta mengambil suntikan sebelum perlawanan, tidak kiralah berapa bsar perlawanan itu, sudah pasti saya akan meletak jawatan pada pagi esoknya,” katanya. - AFP
Share

Adebayor Setuju Ke Spurs

Emmanuel Adebayor menyatakan dia mahu berpindah ke Tottenham, walaupun peminat mereka menghinanya.

Striker pinjaman Real Madrid itu menjadi mangsa nyanyian buruk di The Bernabeu awal musim ini ketika Tottenham dibenam 4-0 di Liga Juara-juara.

Namun bekas bintang Arsenal, Adebayor yang masih rasmi menjadi pemain Manchester City, berkata, "Saya dengar nyanyian itu dan saya berasa teruk, kerana sebelum menyertai Real Madrid, pilihan pertama saya adalah Tottenham."

"Ketika saya mendengar lagu-lagu itu, saya tak menganggapnya serius."

"Saya tak terbawa-bawa dengannya, tetapi orang ramai harus menyedari bahawa kami adalah pemain. Hari ini kami bermain untuk kelab ini dan hari berikutnya kami mungkin bermain untuk mereka."

"Saya akan ke sana dan menandatangani bersama mereka. Mungkin peminat-peminat itu marah kerana saya menjaringkan gol melawan mereka dan menamatkan impian mereka untuk mara ke final Liga Juara-juara."
Share

Silva Bagi Misi Fabregas

Silva agen khas.
Roberto Mancini telah meminta David Silva supaya membantunya dalam misinya membawa Cesc Fabregas ke Eastlands.

Silva, yang dibeli pada nilai £24 juta dari Valencia tahun lalu, adalah teman baik Fabregas dan rakan sepasukan dalam skuad Sepanyol.

Mancini melakukan perbincangan dengan 'Agen Khas', Silva, 25 berhubung melancarkan perpindahan £40 juta untuk Fabregas dan memintanya supaya memainkan sedikit peranan.

Kedua-dua Barcelona, di mana Fabregas bermain semasa remaja, dan rival Real Madrid inginkan Fabregas tetapi bos Gunners, Arsene Wenger berkeras bahaw dia tidak akan pergi.

Dia berkata, "Kami tak berminat menjual pemain terbaik kami."

Namun, ada perasaan di sekitar Emirates bahawa masa Fabregas dan Arsenal untuk berpisah mungkin sudah sampai.

Fabregas pernah menyatakan hasrat untuk tidak keluar pada musim panas lalu kepada Wenger, namun satu lagi musim tanpa piala mungkin menjadi tanda penamatnya.
Share

Saturday, May 14, 2011

Tevez boleh Pergi >>>Mancini

LONDON - Roberto Mancini memberitahu Carlos Tevez bahawa dia boleh meninggalkan Manchester City sekiranya sudah tiada minat bersama kelab itu lagi.
Masa depan kapten City itu mula menjadi perhatian setelah dia sebelum ini dilaporkan mahu berpindah pada musim panas nanti.
Pengurus City, Mancini memberitahu Tevez yang bernilai £40 juta (RM195 juta) dia boleh pergi sekiranya tidak gembira di Eastlands.
"Carlos masih mempunyai kontrak selama lima tahun, tetapi pada pendapat saya, seseorang pemain sepatutnya kekal di sini kerana dia harus percaya dengan perancangan dan gembira dengan kelab ini," kata Mancini.
"Kalau saya tidak gembira di sini, maka saya akan pergi. Sama juga dengan pemain. Jika mereka tidak mahu kekal di sini, lebih baik mereka pergi saja.
"Apabila kamu menjalankan tugas, kamu harus gembira kerana musim ini sangat panjang dan mungkin akan berdepan banyak masalah.
"Saya tidak pernah kata bahawa Carlos mahu pergi, apa yang saya maksudkan ialah ia adalah keputusannya. Buat masa ini dia masih ada kontrak lima tahun.
"Dia telah menjaringkan 22 gol dan ianya sangat penting bagi kelab ini. Tetapi kami berada di tahap ini sekarang kerana sumbangan semua pemain kami.
"Saya boleh katakan bahawa semua pemain ketika ini gembira untuk kekal di sini kerana musim ini mereka telah berusaha keras bersama-sama dan berjaya membawa kelab ini ke Liga Juara-Juara."
Real Madrid dan Inter Milan dikatakan berminat mendapatkan Tevez dan lembaga pengarah City kini mula menerima hakikat bahawa jalan penyelesaian terbaik ialah dengan menjual kapten mereka itu musim panas ini. - Agensi
Share

Dalglish Sah Bos the Reds

Dalglish tandatangan kontrak tiga tahun.
Liverpool telah mengesahkan perlantikan Kenny Dalglish sebagai pengurus tetap baru mereka untuk perjanjian selama tiga tahun.

Dalglish telah mengendalikan kelab itu secara sementara sejak menggantikan Roy Hodgson pada Januari dan perubahan keputusan yang terlalu bagus menyebabkan perlantikan warga Scot berusia 60 tahun itu sebagai pengurus tetap tidak pernah disangkal lagi.

Perbincangan telah berjalan sejak beberapa minggu namun butir-butir akhir kini telah pun dipersetujui.

Jurulatih, Steve Clarke, yang turut tiba Januari lalu, juga menandatangani kontrak tiga tahun.

Tiada janji-janji kosong atau kejayaan dibuat, hanya janji untuk terus berusaha meningkatkan kelab seperti mana yang telah dilakukannya sejak menggantikan Roy Hodgson empat bulan lalu.

"Kami gembira ianya berjalan lancar. Steve seorang yang penting seperti saya kepada kelab – kami tiba sebagai pasangan dan dia telah memberi sumbangan hebat," Dalglish.

"Untuk ianya berjalan begitu lancar memang sesuatu yang sangat menggembirakan buat kami.

"Mungkin ada beberapa orang yang berkata tiga atau empat minggu lalu mengapa (tandatangan kontrak) tidak berlaku namun kami masih teruskan dengan tugas kami.

"Tidak pernah ada apa-apa masalah dengan perbincangan atau kesesuaian masa. Tidak ada sebab untuk sesiapa campur tangan dan buat keputusan terburu-buru."
Share

United Juara Liga VS City Juara FA


LONDON - Dua kelab berjiran, Manchester City dan Manchester United mencatat sejarah tersendiri apabila masing-masing menjulang satu piala, semalam.
Jika City mengakhiri kemarau 35 tahun dengan merangkul Piala FA, United pula muncul juara Liga Perdana England buat kali ke-19.
City yang dibimbing Roberto Mancini merealisasikan impian besar itu selepas menewaskan Stoke City 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley.
Gol tunggal dan kemenangan City dijaringkan Yaya Toure pada minit ke-74 selepas gagal menembusi kubu Stoke di babak pertama.
Gol berpunca daripada gerakan yang dimulakan Mario Balotelli itu sebelum menjelmakan laluan buat Yaya melakukan sepakan kencang kaki kiri menewaskan penjaga gol lawan, Thomas Sorensen.
Terdahulu Sorensen menjadi duri dalam daging buat jentera serangan City apabila kerap menyelamatkan percubaan bahaya menerusi aksi cemerlangnya.
Sementara itu, United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 lebih awal selepas berjaya mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park semalam.
United hanya memerlukan satu mata sahaja daripada perlawanan itu untuk merampas semula gelaran tersebut daripada juara musim lepas, Chelsea.
Ternyata The Red Devils berjaya merealisasikannya apabila Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti 17 minit sebelum per mainan tamat selepas penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti.
Sebelum itu, pemain Australia, Brett Emerton meletakkan Blackburn lebih dulu di depan pada minit ke-20 sebelum jaringan penalti Rooney akhirnya berjaya menghilangkan resah The Red Devils pada babak kedua.
Kejayaan ini menyaksikan United berjaya mengatasi rekod kejuaraan terbanyak yang sebelum ini dipegang bersama dengan musuh ketat, Liverpool yang menjulang 18 kali gelaran setakat ini.

Share

Becks bakal terlepas perlawanan persaraan Neville


David Beckham tak dibenarkan ambil bahagian dalam perlawanan persaraan Gary Neville.
 

David Beckham boleh melupakan hasrat bermain dalam perlawanan persaraan Gary Neville hujung bulan ini.
Becks mengakui berminat untuk kembali menyarung jersi Manchester United ketika Neville cuba mengumpulkan kembali 'Class of 92' untuk pertemuannya dengan Juventus pada 24 Mei nanti.
Namun LA Galaxy akan menentang Houston keesokkan harinya dan sumber dalaman Galaxy berkata: "Tak mungkin beliau dibenarkan kembali ke Eropah kali ini."
Share

Antonio Valencia Berunding Kontrak Baru Bersama United

Valencia menjadi pemain penting dalam skuad Ferguson.
Antonio Valencia akan mengadakan perbincangan kontrak baru di Manchester United ketika kelab besar Eropah kini mula mengintai peluang.
Pemain sayap Ecuador itu menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak kembali ke dalam pasukan the Red Devils sejak enam bulan berehat kerana patah buku lali.
Aksi beliau telah menyebabkan kelab seperti Barcelona, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan mula memberikan perhatian serius.
Valencia, 25, dibeli dengan harga £16 juta dari Wigan dua tahun yang lalu dan masih ada dua tahun dalam kontraknya ketika ini.
Tapi kini beliau sedang menunggu rundingan yang dijangka akan menjadi kontrak paling besar sepanjang kariernya.
Sumber dalaman United berkata: "Valencia cukup cemerlang sejak kembali dari kecederaannya dan United mahu membalasnya dengan memberikan kontrak baru.
"Tapi ada banyak kelab lain yang menunjukkan minat dan beliau tahu beliau dalam kedudukan selesa."
Share

Ryan Giggs Kagum Dengan Prestasi Chicarito



Ryan Giggs gembira dengan prestasi Javier Hernandez.
 



Ryan Giggs memuji impak luar biasa Javier Hernandez terhadap Manchester United dalam misi memenangi kejuaraan liga.
Penyerang Mexico itu menjaringkan gol 36 saat menentang Chelsea hari Ahad lepas dan ia adalah gol k 20 beliau musim ini.
Ia menjadikan pemain berusia 22 tahun tersebut, nama timangannya The Little Pea, pemain pertama sejak Ruud van Nistelrooy 10 tahun lalu, yang menjaringkan 20 gol dalam musim debut untuk United.
Giggs memberitahu: "Dua puluh gol dalam musim pertamanya memang benar-benar luar biasa."
"Anda akan sentiasa ada peluang jika ada penjaring gol seperti Javier. Beliau melakukan impak di dalam dan luar padang."
Hernandez yakin United kini boleh menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara, dengan hanya satu mata lagi diperlukan untuk kejuaraan liga kali ke 19 dan kemenangan ke atas Barcelona di Wembley pada 28 Mei nanti.
Beliau menegaskan: "Apabila saya melihat kualiti pemain di bilik persalinan kami, saya fikir kami boleh menang trofi yang sedang kami kejar."





 
Share

Mario Kekal....Mancini Juga akan Kekal...

Pemain utama Mancini ... Mario Balotelli.

Bos Manchester City, Roberto Mancini menegaskan beliau akan kekal dan Mario Balotelli akan kekal bersamanya.
Juventus mahukan Mancini, yang berada di kedudukan kukuh membawa City ke Liga Juara-juara selain memenangi Piala FA.
Dan selepas membina sebuah pasukan yang mampu mengatasi kuasa bola sepak Inggeris dengan kelab berpeluang memenangi Piala FA, kenapa beliau harus berpindah?
Mancini berkata: "Untuk pergi selepas semua usaha ini dan apa yang kami capai, bukan tindakan bijak.
"Saya berusaha keras untuk projek ini dan langkah telah ke hadapan dan positif. Kini kami sebuah pasukan."
Ketika memang tiada keraguan mengenai bakat Balotelli, sikap dan kelakuan pemain ini di luar padang telah membuatkan kelab menanggung malu sejak mereka membayar £24 juta untuk khidmatnya.
Mancini memberitahu: "Dia sudah tentu akan kekal. Mario tidak akan ke mana-mana. Dia telah menunjukkan segala kualiti tapi perlu lebih berusaha keras, untuk tidak mempersia-siakan bakatnya."

Share

The Reds menjadi pilihan utama Young...

Young hanya berbaki 12 bulan dalam kontraknya.
Liverpool yakin menewaskan Manchester United untuk bintang England bernilai £20 juta, Ashley Young.
Pemain sayap Aston Villa itu merupakan antara sasaran utama Alex Ferguson musim panas ini dan pengurus United itu yakin pemain tersebut akan berada di Old Trafford musim hadapan.
Namun sumber dalaman Anfield kini menegaskan Kenny Dalglish — dijangka akan disahkan menjadi pengurus tetap Kop dalam waktu terdekat ini — telah menggiatkan usahanya dan semakin pasti pemain berusia 25 tahun itu akan ke Merseyside.
United akan mengatasi Liverpool apabila mengesahkan rekod 19 kejuaraan liga, namun the Reds percaya mereka masih opsyen terbaik untuk Young.
Mereka menganggap peluang dalam kesebelasan pasukan utama terjamin di Anfield, manakala United memiliki Antonio Valencia, Nani, Ji-Sung Park dan Ryan Giggs yang saling bersaing untuk tempat di bahagian sayap.
Liverpool, yang cuba mendapatkan Young pada Januari lalu, turut menegaskan mereka memiliki kelebihan berbanding pesaingan mereka dari segi terma peribadi kontrak.
Share

Couple-Pop Tak Masuk Radio (2009)




MySpace-Couple

Tracklisting:

1. Radio
2. Lagu Cinta Untukmu
3. Semua Tak Boleh
4. Goyang
5. Cari Ganti
6. Bayangkan
7. Gila Bayang
8. Whoa Oh Sayang
9. Hey Kawan-Kawan
10. Mencari Malaysia


Download
Share

The Times-Modern Minimalis Glamour (2008)








MySpace-The Times

Tracklisting:

01 - ModernMinimalisGlamour
02 - Khayal Khayalan
03 - Tunjuk Perasaan
04 - KerusiElektrik
05 - Sisa Sisa
06 - Manusia Serigala
07 - Primadona
08 - DiKhalayak Ramai
09 - SingapuraKuaLaLumpur
10 - KuTakut Kau Hilang





Download
Share

Butterfingers-Selamat Tinggal Dunia (2004)




Tracklist:

01 - Ngilu (Hidup Makan Tidur Mati Muzik).mp3
02 - Daulat Tuanku.mp3
03 - Cuai.mp3
04 - Urusan Seri Paduka Baginda.mp3
05 - Selamat Tinggal Dunia.mp3
06 - Kabus Ribut.mp3
07 - Merpati Sejoli.mp3
08 - Hanyut.mp3
09 - Taman Tasik Perdana.mp3
10 - Tentang tentang.mp3


Share

Thursday, May 12, 2011

Awi Rafael-Pulanglah

Awi Rafael


Lirik Pulanglah Awi Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ualng Korus




Share