Monday, May 16, 2011

Terry Mahu kekal Di Chelsea

Kapten Chelsea, John Terry terdesak untuk menamatkan tempoh bermainnya di Stamford Bridge.

Terry, 30, mempunyai baki kontrak tiga tahun lagi namun sudahpun berfikir tentang melanjutkan kariernya di Blues melepasi 2014.

Real Madrid telah dikaitkan dengan perpindahan buat kapten England yang bakal melihatkan dirinya bergabung kembali dengan bekas, bos Jose Mourinho.

Namun Terry, yang membuat debut seniornya pada 1998 dan menduduki tangga kelima penampilan terbanyak Chelsea sepanjang zaman, menegaskan dia enggan beraksi di mana-mana kelab lain.

Dia berkata: "Saya harap untuk dapat lanjutan kontrak sekurang-kurangnya setahun – saya memang mahu.

"Saya akan cuba kekal di sini selama yang saya boleh. Saya sayangkan kelab bola sepak ini dan saya tak pernah mahu keluar.

"Saya seperti peminat kerana masih kekal sayangkan kelab di rumah – apabila kami tewas saya akan lepaskan kekecewaan dengan orang paling dekat dengan saya.

"Saya amat bertuah menjadi kapten sebuah kelab hebat seperti ini."
Share