Monday, May 16, 2011

Mancini Tidak Halang Tevez

"Jika seorang pemain tidak selesa di Manchester City, lebih baik mereka pergi"

Roberto Mancini menyatakan buat pertama kalinya dia tidak akan menghalang Carlos Tevez jika striker itu memutuskan ingin meninggalkan Manchester City pada musim panas ini.
 
"Dia ada kontrak lima tahun, tapi saya selalu katakan bahawa, pada pendapat saya, pemain perlu kekal di sini hanya jika dia percaya pada projek dan senang berada di kelab."
 
"Jika saya tak senang di Manchester City, saya akan pergi. Sama juga untuk para pemain, jika mereka tak senang berada di kelab, lebih baik mereka pergi."
 
"Ini bukan hanya untuk Carlos, namun bagi para pemain pada umumnya. Bila anda mula kerja pada setiap musim, anda harus gembira kerana musim akan amat panjang dan mungkin ada seribu masalah."
 
"Saya tak pernah katakan Tevez mahu pergi. Tapi akan menjadi keputusannya dan tak akan bergantung pada sama ada kami memenangi Piala FA atau tidak."
 
Mancini mengakui bahawa kehilangan Tevez akan menjadi kerugian besar bagi harapan City memenangi gelaran pada musim hadapan. "Dia telah menjaringkan lebih 20 gol dan kami selalu menyatakan dia seorang pemain penting bagi kami."
Share