Wednesday, June 18, 2014

P e n c i p t a . P r e d a t o r

Bila sebut Adidas Predator, semua pasti terbayang sang pemakainya, seperti Zinedine Zidane, David Beckham, Alessandro Del Piero dan ramai lagi bintang bola sepak.

Individu yang pertama sekali mengetengahkan konsep but Predator ini adalah Craig Johnston, bekas pemain Liverpool FC era 80an. Berketurunan Inggeris, namun berasal dari Australia, sungguhpun lahir di Afrika Selatan.

Selepas bersara pada tahun 1988, Craig Johnston pulang ke Australia unutk menjaga kakak beliau yang sedang sakit. Dalam masa yang sama, beliau sering mengadakan klinik bola sepak untuk pelajar sekolah dan remaja di Australia.

Pada ketika itulah, Craig Johnston mendapat idea, untuk menggantikan lapisan kulit pada kasut but, dengan lapisan getah.

Tujuannya supaya mudah mengawal bola.

Sejak itu, Craig Johnston menghabiskan banyak masa dan wang untuk merekabentuk prototaip but yang beliau idamkan. Sebagai permulaan, lapisan getah pada bat ping pong digamkan pada but sedia ada. Sedikit demi sedikit ia ditambahbaik. Pelbagai versi dicipta.

Prototaip ini kemudian dipersembahkan ke pelbagai syarikat barangan sukan, namun ditolak termasuk syarikat gergasi seperti adidas, Nike dan Reebok.

Craig Johnston kemudiannya berjaya memujuk tiga orang ikon bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer, Karl-Heinz Rummenigge dan Paul Breitner untuk berlakon dalam iklan pendek sambil menggayakan but prototaip ciptaan beliau. Ia dirakam dalam suasana sejuk dan bersalji.

Video tersebut kemudiannya dipanjangkan kepada Adidas.

Hasilnya, cukup berbaloi.

Cukup untuk membuatkan Adidas tertambat hati pada rekaan Craig Johnston, kemudiannya membeli hakcipta rekaan, dengan Johnston menerima royalti 2% dari setiap jualan but tersebut.

Maka, pada tahun 1994, Adidas pun mengeluarkan versi pertama but Adidas Predator. Ia menggunakan kulit kangaroo dengan adunan lapisan getah di bahagian hadapan but. Warnanya hitam, 3 belang putih Adidas dan latar merah. Ia warna rasmi bagi kebanyakan versi but predator selepas itu.

Versi predator tersebut sering ditambahbaik ciri-cirinya, hingga setakat ini, ia sudah pun mempunyai 13 varian.

Craig Johnston, walaupun pernah gagal dalam perniagaan selepas itu dan diisytihar bankrap (idea sekolah bola sepak antara bandar), tetap dianggap antara penyumbang kepada evolusi kasut but dalam kancah bola sepak.

Sering dijemput untuk membicarakan hal-hal berkaitan teknikal kasut but, rekaan bola, dan sebagainya.

Beliau mengkritik rekaan but masa kini, yang didakwa antara penyebab utama berlakunya kecederaan kepada pemain. Craig Johnston juga pernah diundi didalam senarai 100 Players Who Shook the Kop.

Photo: | P e n c i p t a . P r e d a t o r |

credit : https://www.facebook.com/retrobolasepak
Share

"Che Guevara" siapakah dia???

14 Jun 1928 : Bertempat di Kota Rosario, Santa Fe, Argentina, lahir seorang anak sulung dari lima beradik kepada pasangan yang berketurunan Basque dan Irish.

Bayi itu dinamakan sebagai Ernesto Che Guevera, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Che Guevara.

Pelajar serba boleh, minat pada sastera dan sejarah, cukup bijak dalam subjek matematik dan sains selain turut aktif dalam pelbagai cabang sukan seperti bola sepak, ragbi, olahraga dan renang.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti. Jika dikira pada waktu itu, Che Guevara ini boleh lah dianggap yang mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup bagus.

Semasa pengajian lah, Che Guevara mula timbul minat dan rasa untuk berjuang untuk oreang yang tertindas. Beliau bersama rakan beliau mengembara ke seluruh genap pelusuk benua Amerika Selatan, dengan menggunakan motosikal. Kembara bermotosikal itu membuka mata dan minda Che Guevara, di sebalik sistem yang sedia ada, masih ramai lagi yang hidup papa, miskin dan sengsara.

Bagaimana untuk menjatuhkan rejim yang tamak, zalim dan haloba? Ada satu fahaman yang beliau rasakan sangat sesuai dengan minda beliau. Fahaman komunis, dengan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan rejim-rejim ini.

Serata Amerika Selatan pada waktu itu, pasca Perang Dunia Kedua diperintah oleh pemimpin yang hanya mementingkan pundak dan kantung wang masing-masing.

Sifat dan keinginan revolusi Che Guevara membawa kepada pertemuan dengan Raúl Castro yang kemudiannya memperkenalkan beliau dengan pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Perjalanan revolusi cukup panjang, Fidel Castro dan Che Guevara berjaya menggulingkan pemimpin diktator Cuba pro-Amerika Syarikat iaitu, Fulgencio Batista.

Che Guevara mendaki tangga politik, hingga diberi tugas menjawat jawatan bertaraf Menteri oleh Fidel Castro.

Program 'Reformasi Tanah Pertanian' idea yang cuba dilaksanakan oleh beliau tidak berapa menjadi. Kalau hendak tahu bagaimana konsep 'Reformasi Tanah' ini, ia seumpama konsep Tanah Rancangan FELDA di negara ini. Tanah-tanah pertanian bersakala besar dibuka, diberi satu tempoh pada para penguasaha untuk usahakan tanah, keluarkan hasil pertanian. Program Reformasi Tanah Pertanian di Cuba kurang berjaya, selain kesan sekatan ekonomi daripada Amerika Syarikat, faktro mikroekonomi turut menjejaskan perkembangannya. Pengusaha pertanian sedia ada kurang memberi kerjasama, penawaran melebihi permintaan, di samping faktor ada tanaman yang tidak berapa mendatangkan hasil. Ia hanya bertahan hingga tahun 1963.

Berlaku sedikit perselisihan faham antara Che Guevara dengan Fidel Castro. Che Guevara kemudiannya membawa diri berjuang bersama gerila di Congo. Berpindah randah mengikuti kumpulan-kumpulan revolusi gerila di Amerika Selatan, sebelum ditangkap dan ditembak mati di sebuah tempat di Bolivia, sebuah kampung bernama La Higuera dalam wilayah Vallegrande.

Cerita perjuangan yang memang 'grande'.

Biarpun fahaman yang beliau dukung tidak berapa sesuai di negara ini, namun hasrat beliau yang mahu memperbaiki taraf kehidupan, masalah dan kesengsaraan rakyat, itu harus dipuji. Apa yang betul tetap betul, apa yang salah tetap salah.

"...marilah sama-sama kita bekerja dan saling bantu-membantu, agar orang lain pula akan saling membantu kita...". - Che Guevara.

5 Mac 1960 : Seorang jurugambar bernama Alberto Korda, merakam imej pemimpin revolusi berfahaman Marxist, Che Guevara. 

Imej ini digelar sebagai Guerrillero Heroico.

Imej Ernesto 'Che' Guevara ini kemudiannya menjadi sangat popular di seluruh dunia. Ia sering digunakan sebagai lambang menifestasi perjuangan, anti-penindasan dan pembebasan. 

Mengapa imej ini popular?

Alberto Korda adalah seorang jurugambar biasa di Cuba. Dia mulanya hanya mengambil upah mengambil gambar majlis-majlis perkahwinan, hari-jadi, hari kebesaran dan pelbagai lagi.

Korda turut mempunyai sebuah studio. Korda sangat pakar memproses imej hitam-putih. Dia gemar mengambil gambar dari sudut berbeza, yang agak berlainan daripada gaya fotografi di masa itu.

Pada 4 Mac 1960, berlaku satu malapetaka di Havana Harbour. Letupan mengakibatkan 100 terbunuh, disamping ramai yang cedera. Presiden Cuba Fidel Castro mendakwa peristiwa tersebut adalah konspirasi CIA dari Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya menggesa satu rapat-umum diadakan di tapak pengkebumian pada esok harinya, bagi menghormati mangsa kejadian.

Selesai pengkebumian, Castro memberi satu ucapan yang cukup berapi-api. Sentimen dibangkit, menyelar campurtangan Amerika Syarikat.

Korda waktu itu adalah jurugambar rasmi untuk Che Guevara yang mada pada ketika itu merupakan Menteri Industri Cuba. Sedang Korda asyik merakam gambar Castro, beliau sesekali merakam detik ucapan Castro, Korda merakam juga latar sekitar pentas Castro berucap. Lalu tidak semena-mena, ime Che Guevara terakam secara tidak sengaja. 

Selepas mencuci gulungan filem, Korda sedar, yang beliau telah sempat merakam imej Che Guevara yang cukup ikonik. Korda kemudiannya merujuk foto tersebut pada dua orang ahli falsafah Perancis. Mereka turut teruja dengan imej tersebut.

Ia satu imej penuh ikonik, memaparkan ekspresi wajah seorang pemimpin yang terbuku di hati nya 1,001 persoalan.

Editor majalah Revolución kemudiannya menerbitkan imej Che Guevara ini di kulit depan majalahnya. Sekelip mata, imej ini menjadi popular. Ia mula diterjemahkan di mana-mana sahaja, pokok, dinding, jalan raya, tingkap. 

Che Guevara menjadi ikon bagi kebanyakan rakyat di benua Amerika Tengah, Caribbean dan Amerika Selatan. Dan ianya terus popular hingga kini, malah turut menjadi tatarias fesyen buat remaja masa kini dengan menggayakan t-shirt, seluar, topi dan sebagainya yang terpapar imej Che Guevara. 

Dan Korda tidak menerima sebarang bayaran dan royalti atas usaha kreatifnya itu. Sebabnya, dia berfahaman komunis, jadi usahanya itu adalah milik negara. 

Che Guevara, bekas mahasiswa perubatan berbangsa Argentina, kemudiannya perselisihan pendapat dengan Fidel Castro, membawa diri berperang di Congo, sebelum pulang ke Amerika Selatan bagi mengembangkan ideologinya. Dia tertangkap di pergunungan di Bolivia, di sebuah tempat bernama Vallegrande. Lalu terus dihukum tembak sampai mati.

credit: https://www.facebook.com/retrobolasepak
Share

Piala Dunia 1982 Sepanyol ditaja oleh RAkyat Malaysia

Skuad kebangsaan Malaysia gagal layak, sungguhpun sebelum itu dikatakan mempunyai himpunan pemain terbaik, selain pernah layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980.

Radio Televisyen Malaysia (RTM), satu-satunya stesen penyiar pada waktu itu telah menyiarkan secara langsung Piala Dunia 1974 dan Piala Dunia 1978. Liputan siaran langsung bukanlah menyeluruh, hanya pada perlawanan tertentu sahaja.

Namun ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan, mereka hanya akan menyiarkan empat siaran langsung sahaja iaitu melibatkan perlawanan pembukaan, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir. Lain-lain perlawanan tiada siaran langsung, hanya perlu menunggu pengumuman keputusan perlawanan di televsiyen ataupun radio.

Alasannya, faktor kos yang cukup tinggi.

Tarikh 13 Jun 1982, adalah perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982, antara Belgium dan Argentina. Belgium melakukan kejutan, menewaskan juara bertahan yang diperkuat dengan bintang muda, Diego Maradona.

Rakyat Malaysia mula teruja. Tapi terpaksa ‘berpuasa’ dari menonton Piala Dunia 1982 memandangkan hanya di peringkat separuh akhir baharulah ada siaran langsung.

Lalu pada 14 Jun 1982, seorang ejen insurans bernama Peter Teo, pembaca setia akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, telah menelefon Hotline The Malay Mail dan mencadangkan agar setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana atau tabung untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung Piala Dunia 1982.

Cadangan Peter Teo itu mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dan positf apabila diuar-uarkan keesokan harinya di akhbar.

Pihak RTM sendiri bersetuju dengan cadangan tersebut andai ada pihak yang sudi dan sedia menjadi pengelola.

Orang ramai mula bercakap-cakap tentang cadangan Peter Teo.

The Malay Mail kemudiannya telah melancarkan kempen People’s Live Telecast Fund (PLTF), selepas mendapat makluman dan pengesahan dari RTM tentang persetujuan pengutipan dana untuk siaran langsung Piala Dunia.

PLTF menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM60,000 untuk satu siaran langsung perlawanan, dan ia haruslah dikumpul secepat mungkin sebelum Piala Dunia 1982 berakhir.

Rakyat Malaysia amnya mahukan lebih banyak perlawanan yang mendapat liputan siaran langsung. Jika pada hari pelancaran PLTF pada 19 Jun, kira-kira RM228 sahaja terkumpul, jumlah tersebut bertambah dengan mendadak.

Ribuan orang perseorangan, syarikat, wakil NGO tampil dan hadir sendiri ke pejabat The Malay Mail (Balai Berita di Kuala Lumpur) untuk menyalurkan sumbangan.

Kelompok tersebut termasuklah kanak-kanak yang membawa tabung masing-masing, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, golongan profesional, dan pesara, tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Ada juga yang mengumpul dana di kalangan penduduk kampung dan sesama rakan, lalu dihantar wakil untuk menyampaikan sumbangan.

Jika pada 20 Jun 1982, jumlah terkumpul hanya lah RM730, ia meningkat kepada RM5,000 pada 21 Jun 1982, RM20,000 pada 22 Jun 1982, dan hampir dua kali ganda pada 23 Jun 1982, iaitu kira-kira RM40,000. Pada 23 Jun 1982, jumlah terkumpul melebihi sasaran awal, iaitu kira-kira RM66,116.45.

Setiap hari, akhbar The Malay Mail akan menyenaraikan nama-nama penderma dan penyumbang dana dan jumlah yang disalurkan, termasuklah nama Yang Di-Pertuan Agong (Sultan Ahmad Shah) dan Perdana Menteri (Dr. Mahathir bin Mohamad ) sendiri yang menyalurkan sumbangan peribadi.

Waktu itu, dana untuk satu perlawanan siaran langsung sudah mencukupi. Akhbar The Malay Mail kemudiannya membuat gesaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menderma sebanyak mungkin agar nanti ianya kelak mampu menampung kos untuk dua, tiga atau lebih banyak siaran langsung.

25 Jun 1982, PLTF telah pun mengumpul kira-kira RM90,000, dengan Caltex Malaysia menyumbang sebanyak RM50,000 untuk menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM156,000.

Akhirnya, PLTF telah mengumpul kira-kira RM300,000, mencukupi untuk menampung kos empat penyiaran siaran langsung perlawanan Piala Dunia 1982.

Hasilnya, RTM dengan bantuan ‘Dana Rakyat’ berjaya untuk menyiarkan perlawanan antara England dan Jerman Barat pada 29 Jun 1982, Kesatuan Soviet menantang Poland pada 5 Julai 1982, dan dua lagi perlawanan pada 6 Julai 1982 iaitu antara Itali dan Brazil serta England dengan Sepanyol. Campur dengan siaran langsung rasmi oleh RTM, rakyat Malaysia akhirnya dapat menikmati Piala Dunia 1982, cukup berbaloi, walaupun hanya empat perlawanan tajaan dan empat perlawanan rasmi oleh RTM.

Baki dana PLTF yang masih berbaki, digunakan untuk siaran langsung perlawanan amal UNICEF pada 7 Ogos 1982, yang melibatkan para pemain handalan dari seluruh dunia.

Dan di setiap perlawanan tersebut, tertera ayat;

‘DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA’.

Hangpcdua Malaya's photo.

credit: https://www.facebook.com/retrobolasepak?fref=ts
Share