Wednesday, June 18, 2014

"Che Guevara" siapakah dia???




14 Jun 1928 : Bertempat di Kota Rosario, Santa Fe, Argentina, lahir seorang anak sulung dari lima beradik kepada pasangan yang berketurunan Basque dan Irish.

Bayi itu dinamakan sebagai Ernesto Che Guevera, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Che Guevara.

Pelajar serba boleh, minat pada sastera dan sejarah, cukup bijak dalam subjek matematik dan sains selain turut aktif dalam pelbagai cabang sukan seperti bola sepak, ragbi, olahraga dan renang.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti. Jika dikira pada waktu itu, Che Guevara ini boleh lah dianggap yang mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup bagus.

Semasa pengajian lah, Che Guevara mula timbul minat dan rasa untuk berjuang untuk oreang yang tertindas. Beliau bersama rakan beliau mengembara ke seluruh genap pelusuk benua Amerika Selatan, dengan menggunakan motosikal. Kembara bermotosikal itu membuka mata dan minda Che Guevara, di sebalik sistem yang sedia ada, masih ramai lagi yang hidup papa, miskin dan sengsara.

Bagaimana untuk menjatuhkan rejim yang tamak, zalim dan haloba? Ada satu fahaman yang beliau rasakan sangat sesuai dengan minda beliau. Fahaman komunis, dengan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan rejim-rejim ini.

Serata Amerika Selatan pada waktu itu, pasca Perang Dunia Kedua diperintah oleh pemimpin yang hanya mementingkan pundak dan kantung wang masing-masing.

Sifat dan keinginan revolusi Che Guevara membawa kepada pertemuan dengan Raúl Castro yang kemudiannya memperkenalkan beliau dengan pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Perjalanan revolusi cukup panjang, Fidel Castro dan Che Guevara berjaya menggulingkan pemimpin diktator Cuba pro-Amerika Syarikat iaitu, Fulgencio Batista.

Che Guevara mendaki tangga politik, hingga diberi tugas menjawat jawatan bertaraf Menteri oleh Fidel Castro.

Program 'Reformasi Tanah Pertanian' idea yang cuba dilaksanakan oleh beliau tidak berapa menjadi. Kalau hendak tahu bagaimana konsep 'Reformasi Tanah' ini, ia seumpama konsep Tanah Rancangan FELDA di negara ini. Tanah-tanah pertanian bersakala besar dibuka, diberi satu tempoh pada para penguasaha untuk usahakan tanah, keluarkan hasil pertanian. Program Reformasi Tanah Pertanian di Cuba kurang berjaya, selain kesan sekatan ekonomi daripada Amerika Syarikat, faktro mikroekonomi turut menjejaskan perkembangannya. Pengusaha pertanian sedia ada kurang memberi kerjasama, penawaran melebihi permintaan, di samping faktor ada tanaman yang tidak berapa mendatangkan hasil. Ia hanya bertahan hingga tahun 1963.

Berlaku sedikit perselisihan faham antara Che Guevara dengan Fidel Castro. Che Guevara kemudiannya membawa diri berjuang bersama gerila di Congo. Berpindah randah mengikuti kumpulan-kumpulan revolusi gerila di Amerika Selatan, sebelum ditangkap dan ditembak mati di sebuah tempat di Bolivia, sebuah kampung bernama La Higuera dalam wilayah Vallegrande.

Cerita perjuangan yang memang 'grande'.

Biarpun fahaman yang beliau dukung tidak berapa sesuai di negara ini, namun hasrat beliau yang mahu memperbaiki taraf kehidupan, masalah dan kesengsaraan rakyat, itu harus dipuji. Apa yang betul tetap betul, apa yang salah tetap salah.

"...marilah sama-sama kita bekerja dan saling bantu-membantu, agar orang lain pula akan saling membantu kita...". - Che Guevara.


5 Mac 1960 : Seorang jurugambar bernama Alberto Korda, merakam imej pemimpin revolusi berfahaman Marxist, Che Guevara. 

Imej ini digelar sebagai Guerrillero Heroico.

Imej Ernesto 'Che' Guevara ini kemudiannya menjadi sangat popular di seluruh dunia. Ia sering digunakan sebagai lambang menifestasi perjuangan, anti-penindasan dan pembebasan. 

Mengapa imej ini popular?

Alberto Korda adalah seorang jurugambar biasa di Cuba. Dia mulanya hanya mengambil upah mengambil gambar majlis-majlis perkahwinan, hari-jadi, hari kebesaran dan pelbagai lagi.

Korda turut mempunyai sebuah studio. Korda sangat pakar memproses imej hitam-putih. Dia gemar mengambil gambar dari sudut berbeza, yang agak berlainan daripada gaya fotografi di masa itu.

Pada 4 Mac 1960, berlaku satu malapetaka di Havana Harbour. Letupan mengakibatkan 100 terbunuh, disamping ramai yang cedera. Presiden Cuba Fidel Castro mendakwa peristiwa tersebut adalah konspirasi CIA dari Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya menggesa satu rapat-umum diadakan di tapak pengkebumian pada esok harinya, bagi menghormati mangsa kejadian.

Selesai pengkebumian, Castro memberi satu ucapan yang cukup berapi-api. Sentimen dibangkit, menyelar campurtangan Amerika Syarikat.

Korda waktu itu adalah jurugambar rasmi untuk Che Guevara yang mada pada ketika itu merupakan Menteri Industri Cuba. Sedang Korda asyik merakam gambar Castro, beliau sesekali merakam detik ucapan Castro, Korda merakam juga latar sekitar pentas Castro berucap. Lalu tidak semena-mena, ime Che Guevara terakam secara tidak sengaja. 

Selepas mencuci gulungan filem, Korda sedar, yang beliau telah sempat merakam imej Che Guevara yang cukup ikonik. Korda kemudiannya merujuk foto tersebut pada dua orang ahli falsafah Perancis. Mereka turut teruja dengan imej tersebut.

Ia satu imej penuh ikonik, memaparkan ekspresi wajah seorang pemimpin yang terbuku di hati nya 1,001 persoalan.

Editor majalah Revolución kemudiannya menerbitkan imej Che Guevara ini di kulit depan majalahnya. Sekelip mata, imej ini menjadi popular. Ia mula diterjemahkan di mana-mana sahaja, pokok, dinding, jalan raya, tingkap. 

Che Guevara menjadi ikon bagi kebanyakan rakyat di benua Amerika Tengah, Caribbean dan Amerika Selatan. Dan ianya terus popular hingga kini, malah turut menjadi tatarias fesyen buat remaja masa kini dengan menggayakan t-shirt, seluar, topi dan sebagainya yang terpapar imej Che Guevara. 

Dan Korda tidak menerima sebarang bayaran dan royalti atas usaha kreatifnya itu. Sebabnya, dia berfahaman komunis, jadi usahanya itu adalah milik negara. 

Che Guevara, bekas mahasiswa perubatan berbangsa Argentina, kemudiannya perselisihan pendapat dengan Fidel Castro, membawa diri berperang di Congo, sebelum pulang ke Amerika Selatan bagi mengembangkan ideologinya. Dia tertangkap di pergunungan di Bolivia, di sebuah tempat bernama Vallegrande. Lalu terus dihukum tembak sampai mati.


credit: https://www.facebook.com/retrobolasepak
Share