Sunday, June 21, 2015

Antara Pulau Yang Menarik Di Semporna






PuLau MaBuL



Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan.


Pulau Sipadan



Merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja

Sipadan juga di senaraikan sebagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia...


Pulau Bohey Dulang



Untuk ke pulau ini,jarak perjalanan dari kawasan Jeti di Pekan Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 30 minit.Pulau Bohey Dulang merupakan 1 dari 8 pulau yang terdapat di dalam Tun Sakaran Marine Park

Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang....


Pulau Kapalai



Bagi penggemar Snorkeling dan scuba,ianya kawasan yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti tersebut.Terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulau Sipadan.

Selain menjadi syurga penggemar sukan snorkeling dan scuba,tempat ini juga menjadi tumpuan bagi pasangan berbulan madu.


Pulau Bum-Bum 



Antara Pulau yang mempunyai ramai penduduk dan pada hari ini sudah ada pembangunan di lakukan di sekitar pulau tersebut.Walaupun Pulau Bum-Bum Bukan sebuah pulau pelancongan tetapi airnya masih lagi cristal clear...

Pemandangan dan ada tempat-tempat yang cantik terdapat di sekitar Pulau Bum-Bum Semporna.Percutian anda ke Semporna tidak akan lengkap jika tidak ke mari


Mataking Island



Terletak di Laut Celebes di negeri Sabah,mengambil masa kurang daripada 1 jam dengan menggunakan bot untuk sampai ke Mataking dari bandar tanah besar Semporna.

Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut.Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang



Pulau Timba-Timba



Tidak banyak info dan maklumat yang dapat di selitkan terhadap beberapa Pulau yang terdapat di Semporna seperti Pulau Timba-Timba,Tetapi jika anda berminat dan ikut serta di dalam aktiviti seperti "Hoping Island" Pulau Timba-Timba antara kawasan wajib yang anda akan singgah dan lalu


Pom-Pom Island





Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT .

Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna .


Bodgaya Island



Pulau Bodgaya terletak di pantai timur negeri Sabah di Malaysia. Pulau ini adalah pulau yang terbesar di dalam sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran.Pulau ini mempunyai keluasan 7.96 km2.Pulau Bodgaya bersama-sama dengan Pulau Bohey dulang dan terumbu sekitar adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.


Pulau Sibuan



Pulau ini pernah menjadi tumpuan diver a.k.a penyelam sebelum Pulau Sipadan dan pulau-pulau lain menjadi terkenal.Pulau ini terletak di dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran

Sebenarnya ada banyak lagi Pulau-Pulau,resort dan tempat menarik yang terdapat di Semporna yang tidak dapat di senaraikan di dalam blog kali ini.Seperti Pulau Tabawan,Pulau Denawan,Mantabuan,Singamata,Pulau Si Amil,Pulau Batik dan banyak lagi



Ramai yang tidak tahu dan kurang promosi mungkin antara penyebabnya namun jika anda datang ke Semporna banyak Kenangan yang anda tidak akan lupakan dan pasti berhajat ingin datang kembali pada masa akan datang " Hatiku Tertinggal Di Semporna "
Share

Wednesday, June 18, 2014

P e n c i p t a . P r e d a t o r

Bila sebut Adidas Predator, semua pasti terbayang sang pemakainya, seperti Zinedine Zidane, David Beckham, Alessandro Del Piero dan ramai lagi bintang bola sepak.

Individu yang pertama sekali mengetengahkan konsep but Predator ini adalah Craig Johnston, bekas pemain Liverpool FC era 80an. Berketurunan Inggeris, namun berasal dari Australia, sungguhpun lahir di Afrika Selatan.

Selepas bersara pada tahun 1988, Craig Johnston pulang ke Australia unutk menjaga kakak beliau yang sedang sakit. Dalam masa yang sama, beliau sering mengadakan klinik bola sepak untuk pelajar sekolah dan remaja di Australia.

Pada ketika itulah, Craig Johnston mendapat idea, untuk menggantikan lapisan kulit pada kasut but, dengan lapisan getah.

Tujuannya supaya mudah mengawal bola.

Sejak itu, Craig Johnston menghabiskan banyak masa dan wang untuk merekabentuk prototaip but yang beliau idamkan. Sebagai permulaan, lapisan getah pada bat ping pong digamkan pada but sedia ada. Sedikit demi sedikit ia ditambahbaik. Pelbagai versi dicipta.

Prototaip ini kemudian dipersembahkan ke pelbagai syarikat barangan sukan, namun ditolak termasuk syarikat gergasi seperti adidas, Nike dan Reebok.

Craig Johnston kemudiannya berjaya memujuk tiga orang ikon bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer, Karl-Heinz Rummenigge dan Paul Breitner untuk berlakon dalam iklan pendek sambil menggayakan but prototaip ciptaan beliau. Ia dirakam dalam suasana sejuk dan bersalji.

Video tersebut kemudiannya dipanjangkan kepada Adidas.

Hasilnya, cukup berbaloi.

Cukup untuk membuatkan Adidas tertambat hati pada rekaan Craig Johnston, kemudiannya membeli hakcipta rekaan, dengan Johnston menerima royalti 2% dari setiap jualan but tersebut.

Maka, pada tahun 1994, Adidas pun mengeluarkan versi pertama but Adidas Predator. Ia menggunakan kulit kangaroo dengan adunan lapisan getah di bahagian hadapan but. Warnanya hitam, 3 belang putih Adidas dan latar merah. Ia warna rasmi bagi kebanyakan versi but predator selepas itu.

Versi predator tersebut sering ditambahbaik ciri-cirinya, hingga setakat ini, ia sudah pun mempunyai 13 varian.

Craig Johnston, walaupun pernah gagal dalam perniagaan selepas itu dan diisytihar bankrap (idea sekolah bola sepak antara bandar), tetap dianggap antara penyumbang kepada evolusi kasut but dalam kancah bola sepak.

Sering dijemput untuk membicarakan hal-hal berkaitan teknikal kasut but, rekaan bola, dan sebagainya.

Beliau mengkritik rekaan but masa kini, yang didakwa antara penyebab utama berlakunya kecederaan kepada pemain. Craig Johnston juga pernah diundi didalam senarai 100 Players Who Shook the Kop.

Photo: | P e n c i p t a . P r e d a t o r |

Bila sebut Adidas Predator, semua pasti terbayang sang pemakainya, seperti Zinedine Zidane, David Beckham, Alessandro Del Piero dan ramai lagi bintang bola sepak.

Individu yang pertama sekali mengetengahkan konsep but Predator ini adalah Craig Johnston, bekas pemain Liverpool FC era 80an. Berketurunan Inggeris, namun berasal dari Australia, sungguhpun lahir di Afrika Selatan.

Selepas bersara pada tahun 1988, Craig Johnston pulang ke Australia unutk menjaga kakak beliau yang sedang sakit.  Dalam masa yang sama, beliau sering mengadakan klinik bola sepak untuk pelajar sekolah dan remaja di Australia.

Pada ketika itulah, Craig Johnston mendapat idea, untuk menggantikan lapisan kulit pada kasut but, dengan lapisan getah.

Tujuannya supaya mudah mengawal bola.

Sejak itu, Craig Johnston menghabiskan banyak masa dan wang untuk merekabentuk prototaip but yang beliau idamkan. Sebagai permulaan, lapisan getah pada bat ping pong digamkan pada but sedia ada. Sedikit demi sedikit ia ditambahbaik. Pelbagai versi dicipta.

Prototaip ini kemudian dipersembahkan ke pelbagai syarikat barangan sukan, namun ditolak termasuk syarikat gergasi seperti adidas, Nike dan Reebok. 

Craig Johnston kemudiannya berjaya memujuk tiga orang ikon bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer, Karl-Heinz Rummenigge  dan Paul Breitner untuk berlakon dalam iklan pendek sambil menggayakan but prototaip ciptaan beliau. Ia dirakam dalam suasana sejuk dan bersalji.

Video tersebut kemudiannya dipanjangkan kepada Adidas.

Hasilnya, cukup berbaloi.

Cukup untuk membuatkan Adidas tertambat hati pada rekaan Craig Johnston, kemudiannya membeli hakcipta rekaan, dengan Johnston menerima royalti 2% dari setiap jualan but tersebut.

Maka, pada tahun 1994, Adidas pun mengeluarkan versi pertama but Adidas Predator. Ia menggunakan kulit kangaroo dengan adunan lapisan getah di bahagian hadapan but. Warnanya hitam, 3 belang putih Adidas dan latar merah. Ia warna rasmi bagi kebanyakan versi but predator selepas itu.

Versi predator tersebut sering ditambahbaik ciri-cirinya, hingga setakat ini, ia sudah pun mempunyai 13 varian. 

Craig Johnston, walaupun pernah gagal dalam perniagaan selepas itu dan diisytihar bankrap (idea sekolah bola sepak antara bandar), tetap dianggap antara penyumbang kepada evolusi kasut but dalam kancah bola sepak.

Sering dijemput untuk membicarakan hal-hal berkaitan teknikal kasut but, rekaan bola, dan sebagainya.

Beliau mengkritik rekaan but masa kini, yang didakwa antara penyebab utama berlakunya kecederaan kepada pemain. Craig Johnston juga pernah diundi didalam senarai 100 Players Who Shook the Kop.

credit : https://www.facebook.com/retrobolasepak
Share

"Che Guevara" siapakah dia???




14 Jun 1928 : Bertempat di Kota Rosario, Santa Fe, Argentina, lahir seorang anak sulung dari lima beradik kepada pasangan yang berketurunan Basque dan Irish.

Bayi itu dinamakan sebagai Ernesto Che Guevera, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Che Guevara.

Pelajar serba boleh, minat pada sastera dan sejarah, cukup bijak dalam subjek matematik dan sains selain turut aktif dalam pelbagai cabang sukan seperti bola sepak, ragbi, olahraga dan renang.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di universiti. Jika dikira pada waktu itu, Che Guevara ini boleh lah dianggap yang mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup bagus.

Semasa pengajian lah, Che Guevara mula timbul minat dan rasa untuk berjuang untuk oreang yang tertindas. Beliau bersama rakan beliau mengembara ke seluruh genap pelusuk benua Amerika Selatan, dengan menggunakan motosikal. Kembara bermotosikal itu membuka mata dan minda Che Guevara, di sebalik sistem yang sedia ada, masih ramai lagi yang hidup papa, miskin dan sengsara.

Bagaimana untuk menjatuhkan rejim yang tamak, zalim dan haloba? Ada satu fahaman yang beliau rasakan sangat sesuai dengan minda beliau. Fahaman komunis, dengan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan rejim-rejim ini.

Serata Amerika Selatan pada waktu itu, pasca Perang Dunia Kedua diperintah oleh pemimpin yang hanya mementingkan pundak dan kantung wang masing-masing.

Sifat dan keinginan revolusi Che Guevara membawa kepada pertemuan dengan Raúl Castro yang kemudiannya memperkenalkan beliau dengan pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Perjalanan revolusi cukup panjang, Fidel Castro dan Che Guevara berjaya menggulingkan pemimpin diktator Cuba pro-Amerika Syarikat iaitu, Fulgencio Batista.

Che Guevara mendaki tangga politik, hingga diberi tugas menjawat jawatan bertaraf Menteri oleh Fidel Castro.

Program 'Reformasi Tanah Pertanian' idea yang cuba dilaksanakan oleh beliau tidak berapa menjadi. Kalau hendak tahu bagaimana konsep 'Reformasi Tanah' ini, ia seumpama konsep Tanah Rancangan FELDA di negara ini. Tanah-tanah pertanian bersakala besar dibuka, diberi satu tempoh pada para penguasaha untuk usahakan tanah, keluarkan hasil pertanian. Program Reformasi Tanah Pertanian di Cuba kurang berjaya, selain kesan sekatan ekonomi daripada Amerika Syarikat, faktro mikroekonomi turut menjejaskan perkembangannya. Pengusaha pertanian sedia ada kurang memberi kerjasama, penawaran melebihi permintaan, di samping faktor ada tanaman yang tidak berapa mendatangkan hasil. Ia hanya bertahan hingga tahun 1963.

Berlaku sedikit perselisihan faham antara Che Guevara dengan Fidel Castro. Che Guevara kemudiannya membawa diri berjuang bersama gerila di Congo. Berpindah randah mengikuti kumpulan-kumpulan revolusi gerila di Amerika Selatan, sebelum ditangkap dan ditembak mati di sebuah tempat di Bolivia, sebuah kampung bernama La Higuera dalam wilayah Vallegrande.

Cerita perjuangan yang memang 'grande'.

Biarpun fahaman yang beliau dukung tidak berapa sesuai di negara ini, namun hasrat beliau yang mahu memperbaiki taraf kehidupan, masalah dan kesengsaraan rakyat, itu harus dipuji. Apa yang betul tetap betul, apa yang salah tetap salah.

"...marilah sama-sama kita bekerja dan saling bantu-membantu, agar orang lain pula akan saling membantu kita...". - Che Guevara.


5 Mac 1960 : Seorang jurugambar bernama Alberto Korda, merakam imej pemimpin revolusi berfahaman Marxist, Che Guevara. 

Imej ini digelar sebagai Guerrillero Heroico.

Imej Ernesto 'Che' Guevara ini kemudiannya menjadi sangat popular di seluruh dunia. Ia sering digunakan sebagai lambang menifestasi perjuangan, anti-penindasan dan pembebasan. 

Mengapa imej ini popular?

Alberto Korda adalah seorang jurugambar biasa di Cuba. Dia mulanya hanya mengambil upah mengambil gambar majlis-majlis perkahwinan, hari-jadi, hari kebesaran dan pelbagai lagi.

Korda turut mempunyai sebuah studio. Korda sangat pakar memproses imej hitam-putih. Dia gemar mengambil gambar dari sudut berbeza, yang agak berlainan daripada gaya fotografi di masa itu.

Pada 4 Mac 1960, berlaku satu malapetaka di Havana Harbour. Letupan mengakibatkan 100 terbunuh, disamping ramai yang cedera. Presiden Cuba Fidel Castro mendakwa peristiwa tersebut adalah konspirasi CIA dari Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya menggesa satu rapat-umum diadakan di tapak pengkebumian pada esok harinya, bagi menghormati mangsa kejadian.

Selesai pengkebumian, Castro memberi satu ucapan yang cukup berapi-api. Sentimen dibangkit, menyelar campurtangan Amerika Syarikat.

Korda waktu itu adalah jurugambar rasmi untuk Che Guevara yang mada pada ketika itu merupakan Menteri Industri Cuba. Sedang Korda asyik merakam gambar Castro, beliau sesekali merakam detik ucapan Castro, Korda merakam juga latar sekitar pentas Castro berucap. Lalu tidak semena-mena, ime Che Guevara terakam secara tidak sengaja. 

Selepas mencuci gulungan filem, Korda sedar, yang beliau telah sempat merakam imej Che Guevara yang cukup ikonik. Korda kemudiannya merujuk foto tersebut pada dua orang ahli falsafah Perancis. Mereka turut teruja dengan imej tersebut.

Ia satu imej penuh ikonik, memaparkan ekspresi wajah seorang pemimpin yang terbuku di hati nya 1,001 persoalan.

Editor majalah Revolución kemudiannya menerbitkan imej Che Guevara ini di kulit depan majalahnya. Sekelip mata, imej ini menjadi popular. Ia mula diterjemahkan di mana-mana sahaja, pokok, dinding, jalan raya, tingkap. 

Che Guevara menjadi ikon bagi kebanyakan rakyat di benua Amerika Tengah, Caribbean dan Amerika Selatan. Dan ianya terus popular hingga kini, malah turut menjadi tatarias fesyen buat remaja masa kini dengan menggayakan t-shirt, seluar, topi dan sebagainya yang terpapar imej Che Guevara. 

Dan Korda tidak menerima sebarang bayaran dan royalti atas usaha kreatifnya itu. Sebabnya, dia berfahaman komunis, jadi usahanya itu adalah milik negara. 

Che Guevara, bekas mahasiswa perubatan berbangsa Argentina, kemudiannya perselisihan pendapat dengan Fidel Castro, membawa diri berperang di Congo, sebelum pulang ke Amerika Selatan bagi mengembangkan ideologinya. Dia tertangkap di pergunungan di Bolivia, di sebuah tempat bernama Vallegrande. Lalu terus dihukum tembak sampai mati.


credit: https://www.facebook.com/retrobolasepak
Share

Piala Dunia 1982 Sepanyol ditaja oleh RAkyat Malaysia

Skuad kebangsaan Malaysia gagal layak, sungguhpun sebelum itu dikatakan mempunyai himpunan pemain terbaik, selain pernah layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980.

Radio Televisyen Malaysia (RTM), satu-satunya stesen penyiar pada waktu itu telah menyiarkan secara langsung Piala Dunia 1974 dan Piala Dunia 1978. Liputan siaran langsung bukanlah menyeluruh, hanya pada perlawanan tertentu sahaja.

Namun ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan, mereka hanya akan menyiarkan empat siaran langsung sahaja iaitu melibatkan perlawanan pembukaan, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir. Lain-lain perlawanan tiada siaran langsung, hanya perlu menunggu pengumuman keputusan perlawanan di televsiyen ataupun radio.

Alasannya, faktor kos yang cukup tinggi.

Tarikh 13 Jun 1982, adalah perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982, antara Belgium dan Argentina. Belgium melakukan kejutan, menewaskan juara bertahan yang diperkuat dengan bintang muda, Diego Maradona.

Rakyat Malaysia mula teruja. Tapi terpaksa ‘berpuasa’ dari menonton Piala Dunia 1982 memandangkan hanya di peringkat separuh akhir baharulah ada siaran langsung.

Lalu pada 14 Jun 1982, seorang ejen insurans bernama Peter Teo, pembaca setia akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, telah menelefon Hotline The Malay Mail dan mencadangkan agar setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana atau tabung untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung Piala Dunia 1982.

Cadangan Peter Teo itu mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dan positf apabila diuar-uarkan keesokan harinya di akhbar.

Pihak RTM sendiri bersetuju dengan cadangan tersebut andai ada pihak yang sudi dan sedia menjadi pengelola.

Orang ramai mula bercakap-cakap tentang cadangan Peter Teo.

The Malay Mail kemudiannya telah melancarkan kempen People’s Live Telecast Fund (PLTF), selepas mendapat makluman dan pengesahan dari RTM tentang persetujuan pengutipan dana untuk siaran langsung Piala Dunia.

PLTF menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM60,000 untuk satu siaran langsung perlawanan, dan ia haruslah dikumpul secepat mungkin sebelum Piala Dunia 1982 berakhir.

Rakyat Malaysia amnya mahukan lebih banyak perlawanan yang mendapat liputan siaran langsung. Jika pada hari pelancaran PLTF pada 19 Jun, kira-kira RM228 sahaja terkumpul, jumlah tersebut bertambah dengan mendadak.

Ribuan orang perseorangan, syarikat, wakil NGO tampil dan hadir sendiri ke pejabat The Malay Mail (Balai Berita di Kuala Lumpur) untuk menyalurkan sumbangan.

Kelompok tersebut termasuklah kanak-kanak yang membawa tabung masing-masing, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, golongan profesional, dan pesara, tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Ada juga yang mengumpul dana di kalangan penduduk kampung dan sesama rakan, lalu dihantar wakil untuk menyampaikan sumbangan.

Jika pada 20 Jun 1982, jumlah terkumpul hanya lah RM730, ia meningkat kepada RM5,000 pada 21 Jun 1982, RM20,000 pada 22 Jun 1982, dan hampir dua kali ganda pada 23 Jun 1982, iaitu kira-kira RM40,000. Pada 23 Jun 1982, jumlah terkumpul melebihi sasaran awal, iaitu kira-kira RM66,116.45.

Setiap hari, akhbar The Malay Mail akan menyenaraikan nama-nama penderma dan penyumbang dana dan jumlah yang disalurkan, termasuklah nama Yang Di-Pertuan Agong (Sultan Ahmad Shah) dan Perdana Menteri (Dr. Mahathir bin Mohamad ) sendiri yang menyalurkan sumbangan peribadi.

Waktu itu, dana untuk satu perlawanan siaran langsung sudah mencukupi. Akhbar The Malay Mail kemudiannya membuat gesaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menderma sebanyak mungkin agar nanti ianya kelak mampu menampung kos untuk dua, tiga atau lebih banyak siaran langsung.

25 Jun 1982, PLTF telah pun mengumpul kira-kira RM90,000, dengan Caltex Malaysia menyumbang sebanyak RM50,000 untuk menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM156,000.

Akhirnya, PLTF telah mengumpul kira-kira RM300,000, mencukupi untuk menampung kos empat penyiaran siaran langsung perlawanan Piala Dunia 1982.

Hasilnya, RTM dengan bantuan ‘Dana Rakyat’ berjaya untuk menyiarkan perlawanan antara England dan Jerman Barat pada 29 Jun 1982, Kesatuan Soviet menantang Poland pada 5 Julai 1982, dan dua lagi perlawanan pada 6 Julai 1982 iaitu antara Itali dan Brazil serta England dengan Sepanyol. Campur dengan siaran langsung rasmi oleh RTM, rakyat Malaysia akhirnya dapat menikmati Piala Dunia 1982, cukup berbaloi, walaupun hanya empat perlawanan tajaan dan empat perlawanan rasmi oleh RTM.

Baki dana PLTF yang masih berbaki, digunakan untuk siaran langsung perlawanan amal UNICEF pada 7 Ogos 1982, yang melibatkan para pemain handalan dari seluruh dunia.

Dan di setiap perlawanan tersebut, tertera ayat;

‘DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA’.

Hangpcdua Malaya's photo.

credit: https://www.facebook.com/retrobolasepak?fref=ts
Share

Monday, June 13, 2011

United beli Jones, tawar kontrak lima tahun


MANCHESTER: Manchester United bersetuju membeli pemain pertahanan remaja, Phil Jones dari Blackburn Rovers dengan menawarkan kontrak lima tahun, kata kelab juara Liga Perdana Inggeris itu, semalam.
Pertahanan tengah berusia 19 tahun itu kini sedang beraksi buat England pada Kejohanan B-21 Eropah di Denmark. Kelab itu tidak memberikan butiran terperinci mengenai bayaran perpindahan tetapi media tempatan melaporkan ia mungkin sekitar £17 juta (RM84 juta).

“Pemain itu lulus ujian perubatan di Manchester minggu lalu dan bersetuju dengan kontrak selama lima tahun. Perjanjian itu akan dimeterai sebaik pemain itu kembali daripada tugasan antarabangsa,” kata United dalam satu kenyataan.
United berasakan Jones akan ke Old Trafford minggu lalu, namun musuh lama mereka Liverpool menggugat usaha Red Devils apabila menawarkan bayaran perpindahan £20 juta (RM99 juta) untuk mendapatkan pemain berbakat itu.

Namun, Jones difahamkan memberitahu Rovers dia hanya mahu berhijrah ke United dan ia menyebabkan Blackburn terpaksa menerima tawaran buat pemain remaja itu
Share

Reunion Di Old Trafford sekali Lagi...."Cantona"

Cantona setuju kembali ke Old Trafford untuk testimonial Scholes.

Ikon Manchester United, Eric Cantona bakal membuat kemunculan semula sensasi ke Old Trafford. 
 
Kemunculan semula Cantona disahkan sebagai sebahagian daripada perlawanan testimonial Paul Scholes pada 5 Ogos, ketika warga Perancis itu akan menjadi jurulatih kelab legenda New York Cosmos yang pada saat ini membuat tawaran masuk ke Major League Soccer. 
 
Walaupun orang ramai akan pergi untuk menonton aksi istimewa sebelum persaraan Scholes, yang diumumkan semasa kekalahan Manchester United di final Liga Juara-juara kepada Barcelona bulan lalu, kehadiran Cantona hanya akan menambahkan lagi minat para penyokong untuk menghadiri perlawanan itu.
 
Striker berkarisma itu dianggap sebagai antara tokoh paling signifikan dalam sejarah kelab, membuktikan diri selaku kapitalis bagi kemunculan United menjadi sisi dominan pada era Liga Perdana. 
 
Dia tiba-tiba berhenti pada tahun 1997, selepas memenangi empat gelaran dan dua kejayaan berganda domestik dalam tempoh lima musim di Old Trafford.
Share

Cuba- Aidil


 LIRIK LAGU CUBA

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Share

Sunday, June 12, 2011

Awan Nano- Hafiz AF7

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Share

United Terpaksa Menanggung Rugi £5.4 Juta Untuk Bebe

Bebe bergelut untuk menempatkan diri dalam pasukan utama United.

Manchester United telah melepaskan pemain gagal bernilai £7.4 juta, Bebe ke kelab Turki, Besiktas secara pinjaman semusim dengan opsyen perpindahan kekal berharga £2 juta.
 
United mengejutkan dunia bola sepak musim panas lepas dengan mempersetujui klausa pelepasan dalam kontrak baru Bebe bersama Vitoria de Guimaraes di Portugal hanya lima minggu selepas pemain itu menyertai kelab tersebut dari Estrela da Amadora.
 
Pemain sayap itu hanya bermain di divisyen ketiga dan dibeli dengan harga £125,000 dari kelab lamanya sebulan sebelum itu.
 
Namun pemain berusia 20 tahun itu yang membesar di rumah anak yatim di pinggir bandar Lisbon, menghabiskan keseluruhan musim dalam pasukan simpanan United. 
 
Penampilan terakhirnya dalam pasukan utama muncul semasa menentang pasukan bukan liga, Crawley di perlawanan Piala FA bulan Februari lalu.
 
Dengan Ashley Young dijangka memberikan United lebih pilihan di bahagian sayap, Bebe telah dibenarkan pergi secara pinjaman namun ia hampir pasti beliau tidak akan kembali mewakili United.
Share

POKOK- Meet Uncle hussain feat Hazama


Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok
Share