Monday, June 13, 2011

United beli Jones, tawar kontrak lima tahun


MANCHESTER: Manchester United bersetuju membeli pemain pertahanan remaja, Phil Jones dari Blackburn Rovers dengan menawarkan kontrak lima tahun, kata kelab juara Liga Perdana Inggeris itu, semalam.
Pertahanan tengah berusia 19 tahun itu kini sedang beraksi buat England pada Kejohanan B-21 Eropah di Denmark. Kelab itu tidak memberikan butiran terperinci mengenai bayaran perpindahan tetapi media tempatan melaporkan ia mungkin sekitar £17 juta (RM84 juta).

“Pemain itu lulus ujian perubatan di Manchester minggu lalu dan bersetuju dengan kontrak selama lima tahun. Perjanjian itu akan dimeterai sebaik pemain itu kembali daripada tugasan antarabangsa,” kata United dalam satu kenyataan.
United berasakan Jones akan ke Old Trafford minggu lalu, namun musuh lama mereka Liverpool menggugat usaha Red Devils apabila menawarkan bayaran perpindahan £20 juta (RM99 juta) untuk mendapatkan pemain berbakat itu.

Namun, Jones difahamkan memberitahu Rovers dia hanya mahu berhijrah ke United dan ia menyebabkan Blackburn terpaksa menerima tawaran buat pemain remaja itu
Share