Sunday, June 12, 2011

United Terpaksa Menanggung Rugi £5.4 Juta Untuk Bebe

Bebe bergelut untuk menempatkan diri dalam pasukan utama United.

Manchester United telah melepaskan pemain gagal bernilai £7.4 juta, Bebe ke kelab Turki, Besiktas secara pinjaman semusim dengan opsyen perpindahan kekal berharga £2 juta.
 
United mengejutkan dunia bola sepak musim panas lepas dengan mempersetujui klausa pelepasan dalam kontrak baru Bebe bersama Vitoria de Guimaraes di Portugal hanya lima minggu selepas pemain itu menyertai kelab tersebut dari Estrela da Amadora.
 
Pemain sayap itu hanya bermain di divisyen ketiga dan dibeli dengan harga £125,000 dari kelab lamanya sebulan sebelum itu.
 
Namun pemain berusia 20 tahun itu yang membesar di rumah anak yatim di pinggir bandar Lisbon, menghabiskan keseluruhan musim dalam pasukan simpanan United. 
 
Penampilan terakhirnya dalam pasukan utama muncul semasa menentang pasukan bukan liga, Crawley di perlawanan Piala FA bulan Februari lalu.
 
Dengan Ashley Young dijangka memberikan United lebih pilihan di bahagian sayap, Bebe telah dibenarkan pergi secara pinjaman namun ia hampir pasti beliau tidak akan kembali mewakili United.
Share