Monday, May 16, 2011

Sanchez Dipesan Pinggirkan City Untuk United..

Bintang Udinese Alexis Sanchez telah diberitahu untuk mengenepikan Manchester City dan menyertai United.
 
Penyerang Chile – digelar Cristiano Ronaldo baru — dipantau oleh pengurus City, Roberto Mancini dan pengurus Red Devils, selepas siri permainan mantap di Serie A musim ini.
 
Pemain berusia 22 tahun itu telah tiga tahun bermain di Itali selepas meninggalkan River Plate dengan harga £2 juta.
 
Sanchez dalam prestasi terbaiknya musim ini, menjaringkan 12 gol dari 30 perlawanan liga ketika Udinese mendaki tempat keempat liga.
 
Namun bekas pengurus Udinese, Adriano Fedele — yang melatih the Bianconeri pada tahun 1990an — menganggap Old Trafford sebagai pentas sempurna untuk Sanchez melanjutkan kariernya.
 
Fedele berkata: "Jika saya menjadi beliau, saya akan pergi ke Manchester United.
 
"Ferguson adalah pengurus paling sesuai untuknya dan yang lebih penting, dapat memperbaiki kualitinya."
Share