Sunday, May 15, 2011

Silva Bagi Misi Fabregas

Silva agen khas.
Roberto Mancini telah meminta David Silva supaya membantunya dalam misinya membawa Cesc Fabregas ke Eastlands.

Silva, yang dibeli pada nilai £24 juta dari Valencia tahun lalu, adalah teman baik Fabregas dan rakan sepasukan dalam skuad Sepanyol.

Mancini melakukan perbincangan dengan 'Agen Khas', Silva, 25 berhubung melancarkan perpindahan £40 juta untuk Fabregas dan memintanya supaya memainkan sedikit peranan.

Kedua-dua Barcelona, di mana Fabregas bermain semasa remaja, dan rival Real Madrid inginkan Fabregas tetapi bos Gunners, Arsene Wenger berkeras bahaw dia tidak akan pergi.

Dia berkata, "Kami tak berminat menjual pemain terbaik kami."

Namun, ada perasaan di sekitar Emirates bahawa masa Fabregas dan Arsenal untuk berpisah mungkin sudah sampai.

Fabregas pernah menyatakan hasrat untuk tidak keluar pada musim panas lalu kepada Wenger, namun satu lagi musim tanpa piala mungkin menjadi tanda penamatnya.
Share