Sunday, May 15, 2011

Adebayor Setuju Ke Spurs

Emmanuel Adebayor menyatakan dia mahu berpindah ke Tottenham, walaupun peminat mereka menghinanya.

Striker pinjaman Real Madrid itu menjadi mangsa nyanyian buruk di The Bernabeu awal musim ini ketika Tottenham dibenam 4-0 di Liga Juara-juara.

Namun bekas bintang Arsenal, Adebayor yang masih rasmi menjadi pemain Manchester City, berkata, "Saya dengar nyanyian itu dan saya berasa teruk, kerana sebelum menyertai Real Madrid, pilihan pertama saya adalah Tottenham."

"Ketika saya mendengar lagu-lagu itu, saya tak menganggapnya serius."

"Saya tak terbawa-bawa dengannya, tetapi orang ramai harus menyedari bahawa kami adalah pemain. Hari ini kami bermain untuk kelab ini dan hari berikutnya kami mungkin bermain untuk mereka."

"Saya akan ke sana dan menandatangani bersama mereka. Mungkin peminat-peminat itu marah kerana saya menjaringkan gol melawan mereka dan menamatkan impian mereka untuk mara ke final Liga Juara-juara."
Share