Sunday, May 15, 2011

Masih Banyak Yang Perlu Diperjuangkan>>> WENGER

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (gambar) menegaskan masih banyak yang perlu diperjuangkan musim ini di mana jika mereka menamatkan saingan musim ini di bawah Manchester City, akan menjejaskan kempen mereka untuk kelayakan Liga Juara-Juara.
Pasukan Wenger gagal menyaingi pasukan lain untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dan hanya dua mata di depan City yang kini menghuni tempat keempat, dan kini menanti kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates.

Jika Arsenal kekal di tangga ketiga atau berjaya memintas Chelsea untuk berada di tempat kedua, mereka akan terus layak ke peringkat kumpulan pertandingan kelab bola sepak elit Eropah itu. Tangga keempat akan hanya menjejaskan misi Wenger pada pra-musim kejohanan itu.
“Kami tidak mahukannya tetapi semua itu terpulang kepada keputusan kami dalam dua perlawanan terakhir,” kata jurulatih kelahiran Perancis itu. “Pada akhir musim, kami sudah melalui 58 perlawanan rasmi dan juga perlawanan antarabangsa.

“Selepas beberapa pemain beraksi di peringkat antarabangsa dan bagi kami adalah tidak sesuai untuk menyertai perlawanan penting pada pra-musim,” katanya.

Wenger mengakui suasana di kem Arsenal begitu hambar pada hujung minggu ini yang menyaksikan berlangsungnya final Piala FA dan gelaran hampir pasti sudah ditentukan.

“Ia begitu hambar, sudah tentu kami mahu terbabit dalam perlawanan akhir Piala FA. Ia cukup mengecewakan kami, situasi yang cukup mengecewakan kerana dalam setiap kejohanan, kami begitu hampir untuk ke final.

“Kami tidak menganggap prestasi keseluruhannya begitu buruk. Kami adalah pasukan terbaik di tempat lawan, pertahanan baik dalam permainan terbuka kerana kami begitu hampir untuk menjuarai kejohanan.
“Kami hanya tidak mampu melepasinya. Kami mahu mengetahui sebabnya,” katanya.

Wenger turut berang dengan dakwaan bekas pemain Arsenal, Paul Merson yang mendakwa pemain Arsenal disuntik dengan 'cecair kuning'.

“Setiap tahun kami menjalani sekurang-kurangnya 20 kawalan doping. Sepanjang 15 tahun, kami tidak pernah mendapat keputusan positif. Adakah anda fikir saya mahu menyuntik pemain saya? “Jika anda dapati ada pemain yang saya minta mengambil suntikan sebelum perlawanan, tidak kiralah berapa bsar perlawanan itu, sudah pasti saya akan meletak jawatan pada pagi esoknya,” katanya. - AFP
Share