Saturday, May 14, 2011

Antonio Valencia Berunding Kontrak Baru Bersama United

Valencia menjadi pemain penting dalam skuad Ferguson.
Antonio Valencia akan mengadakan perbincangan kontrak baru di Manchester United ketika kelab besar Eropah kini mula mengintai peluang.
Pemain sayap Ecuador itu menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak kembali ke dalam pasukan the Red Devils sejak enam bulan berehat kerana patah buku lali.
Aksi beliau telah menyebabkan kelab seperti Barcelona, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan mula memberikan perhatian serius.
Valencia, 25, dibeli dengan harga £16 juta dari Wigan dua tahun yang lalu dan masih ada dua tahun dalam kontraknya ketika ini.
Tapi kini beliau sedang menunggu rundingan yang dijangka akan menjadi kontrak paling besar sepanjang kariernya.
Sumber dalaman United berkata: "Valencia cukup cemerlang sejak kembali dari kecederaannya dan United mahu membalasnya dengan memberikan kontrak baru.
"Tapi ada banyak kelab lain yang menunjukkan minat dan beliau tahu beliau dalam kedudukan selesa."
Share