Saturday, May 14, 2011

Ryan Giggs Kagum Dengan Prestasi Chicarito



Ryan Giggs gembira dengan prestasi Javier Hernandez.
 



Ryan Giggs memuji impak luar biasa Javier Hernandez terhadap Manchester United dalam misi memenangi kejuaraan liga.
Penyerang Mexico itu menjaringkan gol 36 saat menentang Chelsea hari Ahad lepas dan ia adalah gol k 20 beliau musim ini.
Ia menjadikan pemain berusia 22 tahun tersebut, nama timangannya The Little Pea, pemain pertama sejak Ruud van Nistelrooy 10 tahun lalu, yang menjaringkan 20 gol dalam musim debut untuk United.
Giggs memberitahu: "Dua puluh gol dalam musim pertamanya memang benar-benar luar biasa."
"Anda akan sentiasa ada peluang jika ada penjaring gol seperti Javier. Beliau melakukan impak di dalam dan luar padang."
Hernandez yakin United kini boleh menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara, dengan hanya satu mata lagi diperlukan untuk kejuaraan liga kali ke 19 dan kemenangan ke atas Barcelona di Wembley pada 28 Mei nanti.
Beliau menegaskan: "Apabila saya melihat kualiti pemain di bilik persalinan kami, saya fikir kami boleh menang trofi yang sedang kami kejar."





 
Share