Saturday, May 14, 2011

Mario Kekal....Mancini Juga akan Kekal...

Pemain utama Mancini ... Mario Balotelli.

Bos Manchester City, Roberto Mancini menegaskan beliau akan kekal dan Mario Balotelli akan kekal bersamanya.
Juventus mahukan Mancini, yang berada di kedudukan kukuh membawa City ke Liga Juara-juara selain memenangi Piala FA.
Dan selepas membina sebuah pasukan yang mampu mengatasi kuasa bola sepak Inggeris dengan kelab berpeluang memenangi Piala FA, kenapa beliau harus berpindah?
Mancini berkata: "Untuk pergi selepas semua usaha ini dan apa yang kami capai, bukan tindakan bijak.
"Saya berusaha keras untuk projek ini dan langkah telah ke hadapan dan positif. Kini kami sebuah pasukan."
Ketika memang tiada keraguan mengenai bakat Balotelli, sikap dan kelakuan pemain ini di luar padang telah membuatkan kelab menanggung malu sejak mereka membayar £24 juta untuk khidmatnya.
Mancini memberitahu: "Dia sudah tentu akan kekal. Mario tidak akan ke mana-mana. Dia telah menunjukkan segala kualiti tapi perlu lebih berusaha keras, untuk tidak mempersia-siakan bakatnya."

Share