Saturday, May 14, 2011

The Reds menjadi pilihan utama Young...

Young hanya berbaki 12 bulan dalam kontraknya.
Liverpool yakin menewaskan Manchester United untuk bintang England bernilai £20 juta, Ashley Young.
Pemain sayap Aston Villa itu merupakan antara sasaran utama Alex Ferguson musim panas ini dan pengurus United itu yakin pemain tersebut akan berada di Old Trafford musim hadapan.
Namun sumber dalaman Anfield kini menegaskan Kenny Dalglish — dijangka akan disahkan menjadi pengurus tetap Kop dalam waktu terdekat ini — telah menggiatkan usahanya dan semakin pasti pemain berusia 25 tahun itu akan ke Merseyside.
United akan mengatasi Liverpool apabila mengesahkan rekod 19 kejuaraan liga, namun the Reds percaya mereka masih opsyen terbaik untuk Young.
Mereka menganggap peluang dalam kesebelasan pasukan utama terjamin di Anfield, manakala United memiliki Antonio Valencia, Nani, Ji-Sung Park dan Ryan Giggs yang saling bersaing untuk tempat di bahagian sayap.
Liverpool, yang cuba mendapatkan Young pada Januari lalu, turut menegaskan mereka memiliki kelebihan berbanding pesaingan mereka dari segi terma peribadi kontrak.
Share