Saturday, May 21, 2011

Sasaran United Semakin Hampir

Perjanjian De Gea hanyalah permulaan untuk perpindahan besar musim panas untuk United.

Manchester United yakin mereka telah berjaya mendapatkan pembelian pertama musim panas ini.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol Bawah 21 Tahun, David De Gea mengesahkan beliau akan meninggalkan Atletico Madrid di penghujung musim dan kini kelab beliau pada dasarnya telah menerima tawaran United sekitar £16 juta.

Bos Reds, Sir Alex Ferguson mendedahkan minggu ini beliau mahukan tiga pemain baru berprofil tinggi  bagi mengatasi kehilangan pemain berpengalamannya, dengan Gary Neville dan Edwin Van der Sar bersara dan Paul Scholes mungkin mengikut langkah serupa.

Penjaga gol menjadi keutamaannya dan hubungan rasmi telah pun dijalin dengan wakil De Gea, yang baru berusia 20 tahun namun telah dianggap sebagai antara yang terbaik dalam posisinya di Eropah.

Berbeza dengan apa yang dikhabarkan di Sepanyol, masih tiada perjanjian yang dicapai. Namun juara Liga Perdana Inggeris itu amat yakin dapat memperolehi pemain sasaran mereka selepas diberikankan kebenaran untuk berunding dengan pemain tersebut.

Ketua eksekutif David Gill berkata: "Kami tahu penjaga gol yang kami inginkan dan berada di posisi yang kukuh dan saya pasti kami dapat selesaikan perjanjian ini."
Share