Sunday, May 15, 2011

Tiba Masanya Untuk Kamu Keluarkan Duit,, Roman!!!

Kapten Chelsea, John Terry kekal menyatakan kelab harus sekali lagi berbelanja besar musim panas ini jika mereka mahu memberi cabaran kepada Manchester United dan merebut kembali gelaran Liga Perdana Barclays pada musim berikutnya.

Walaupun membawa striker Fernando Torres dari Liverpool dengan nilai £50 juta dan membelanjakan £25 juta untuk David Luiz pada Januari, Carlo Ancelotti masih belum menemui formula kemenangan pada tahun 2011 selepas memenangi gelaran berganda dalam kempen debutnya.

Terry, yang menyokong bos warga Itali yang kini dalam masalah dan dipercayai bakal dipecat pada musim panas, yakin dengan tambahan pemain lagi, Chelsea akan menjadi sisi yang hebat.

Dia berkata, "Saya selalu berfikir kami harus menguatkan keseluruhan pasukan di atas padang (pada musim panas)."

Terry bakal berusia 30 tahun pada Disember, dan baru-baru ini meraih aksi ke-500 untuk Chelsea. Bek tengah itu mengakui dia sudah memikirkan tentang kehidupan selepas bermain, namun mungkin tidak terus ke kerusi panas Stamford Bridge.

"Apabila saya bersara, diharapkan dalam masa empat atau lima tahun, saya akan masuk ke bidang pengurusan," katanya.

"Saya faham (Chelsea) adalah sebuah kelab besar dan saya perlu mendapatkan pengalaman pertama. Saya tak mahu akhirnya dibuang begitu sahaja, itu tak adil dalam kelab bola sepak."
Share